Kini hampir kesemua perkara boleh dilakukan hanya menggunakan telefon pintar sahaja. Ia termasuk penggunaan Clubcard Tesco yang kini sudah diganti kepada Program Kesetiaan Lotus yang boleh diakses menerusi aplikasi Lotus’s.
Oleh itu, jika anda telahpun mendaftar sebagai ahli Clubcard, maka anda boleh mula muat turun aplikasi Lotus’s sama ada di Android atau iOS bermula hari ini. Anda hanya perlu memasukkan nombor telefon dan seterusnya anda boleh terus mendaftar masuk ke dalam aplikasi.
Terdapat pelbagai ganjaran dan promosi yang ditawarkan khusus buat ahli yang berdaftar. Ia termasuk penawaran harga barangan yang lebih rendah, selain turut boleh menebus kupon menggunakan mata ganjaran yang dijana di atas setiap pembelian.
Antara tawaran kupon yang disediakan termasuklah baucar RM5 KFC, baucar RM10 Watsons serta ebaucar GrabFood dan Grab Car bernilai RM5.

Bukan itu sahaja, menerusi aplikasi Lotus’s juga, anda boleh melakukan pesanan yang mana anda boleh pilih sama ada ingin dihantar terus ke rumah ataupun menggunakan servis ambil sendiri di kedai. Menarik bukan?
Walau bagaimanapun, setakat ini pilihan pembayaran pesanan yang ditawarkan hanyalah menerusi kad debit dan kad kredit serta pembayaran sewaktu penghantaran menggunakan kod QR ataupun Touch ‘n Go eWallet.

Bagaimana Anda Boleh Mula Menggunakan Aplikasi Lotus’s?
Pertama sekali, pastikan anda mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan mata ganjaran dan melakukan pesanan penghantaran untuk pembelian keperluan menerusi aplikasi. Berikut adalah langkah yang perlu anda ikuti:
Cara Mendaftar Sebagai Ahli
- Isi nombor telefon anda dan tunggu mesej untuk kod pin 6 digit untuk mengesahkan akaun.
- Lengkapkan butiran peribadi seperti nama, emel dan juga alamat semasa anda.
- Akhir sekali, anda boleh mula melakukan pesanan pembelian dengan memilih lokasi kedai berdekatan anda.
Mudah sahaja, anda juga boleh memilih waktu penghantaran yang bersesuaian dengan keperluan anda bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.