Carian
Jenama Fesyen Mewah Prada Umum Polisi Produk Bebas Bulu Haiwan – Perkenalkan Prada Re-Nylon
February 22, 2022 Lina Rosli

Untuk polisi produk bebas bulu haiwan (fur-free policy) ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh Prada. Group sejak tahun 2019 lagi.

Menurut Prada, mereka tidak lagi menggunakan bulu haiwan dalam reka bentuk atau produk baharunya, bermula daripada koleksi Wanita SS2020. Walau bagaimanapun, Prada menjelaskan bahawa mereka akan terus menjual kulit dan produk lain yang dianggap sebagai hasil sampingan daripada perdagangan yang melibatkan kulit biri-biri dan kulit anak lembu.

Polisi ini dibentuk dengan kerjasama Fur Free Alliance (FFA) yang mana ia menggabungkan lebih 50 organisasi perlindungan haiwan dari lebih 40 negara. Selain Prada, terdapat beberapa jenama lain yang turut menyokong inisiatif ini termasuk Calvin Klein yang merupakan jenama pertama yang mengumumkan penawaran produk bebas bulu haiwan, kemudian diikuti Giorgio Armani, Coach, Burberry, Michael Kors, Tommy Hilfiger, Kate Spade, Hugo Boss dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, Prada juga telahpun berada di langkah yang seterusnya yang mana mereka mengumumkan bahawa jenama tersebut telah berhenti menggunakan kulit kanggaru untuk koleksi produk terbaru mereka. Untuk pengetahuan anda, kira-kira 2.3 juta kanggaru dilaporkan telah dibunuh setiap tahun untuk kulit mereka yang sering dilabelkan sebagai “k-leather“.

Sehingga kini, Prada dilihat telahpun hadir dengan beberapa bahan inovatif yang membolehkan syarikat meneroka sempadan baharu reka bentuk kreatif sambil memenuhi permintaan untuk produk beretika. Ia termasuk pengenalan Prada Re-Nylon.

Bagi yang tidak mengetahui, Prada Re-Nylon merupakan tafsiran baharu nylon gabardine klasik yang menggunakan nilon yang dijana semula menerusi 100 peratus proses kelestarian. Dengan ini, nilon tersebut akan diperbaharui ataupun dihasilkan menggunakan plastik yang dikumpul dari lautan, jaring ikan, tapak pelupusan sampah dan sisa gentian tekstil dari seluruh dunia.

Komen