Jika anda lihat pada masa kini, hampir setiap peranti rumah pastinya mempunyai perkakas elektrik bagi memudahkan pelbagai aktiviti dilakukan. Beberapa peralatan utama di rumah termasuk mesin basuh, cerek elektrik, mesin masak nasi, ketuhat, dapur elektrik, pembakar roti dan banyak lagi.

Antara dua pertimbangan utama untuk mendapatkan kesemua peranti ini adalah jimat tenaga dan juga ditawarkan pada harga yang berpatutan. Oleh itu, bagi memastikan kedua-dua pertimbangan ini dapat dipenuhi, Tajria hari ini ingin berkongsi cadangan yang mana 7 perkakas elektrik dari MR.DIY yang boleh anda sediakan untuk rumah.

Pembakar Roti 2 Keping

Menjadi salah satu barangan yang penting, Mr. DIY ada menawarkan pilihan pembakar roti yang ditawarkan pada harga yang berbaloi iaitu RM38.60 sebuah.

Dengan ini, ia memudahkan anda untuk menyediakan hidangan sarapan atau snek petang berasaskan roti tanpa perlu mengeluarkan bajet yang tinggi. Malah, ia turut menawarkan waranti sehingga satu tahun bagi memastikan kualiti penggunaan terjamin.

Pautan: Beli di laman Shopee

Penggoreng Kering 2.5L

Air Fryer atau penggoreng kering merupakan sebuah alat menggoreng yang menggunakan udara panas dan jumlah minyak yang sedikit. 

Tidak seperti pan atau kuali biasa, makanan yang dimasak ianya menawarkan pengalaman masak yang lebih selesan dan mudah tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk menghidang makanan. Hal ini kerana, peredaran udara panas yang pantas akan menjadikan makanan lebih cepat masak.

Anda boleh mendapatkan penggoreng kering dari MR.DIY pada harga RM189 sahaja.

Pautan: Beli di laman rasmi MR. DIY

Cerek Elektrik

Tidak lengkap rumah anda tanpa cerek elektrik. MR.DIY dilihat menawarkan pelbagai variasi cerek air elektrik yang boleh anda dapatkan pada harga berpatutan iaitu sekitar RM32.10 sahaja.

Antara variasi yang ditawarkan termasuklah cerek dengan rekaan lutsinar, cerek dengan binaan yang lebih tahan lasak dan banyak lagi. Sama seperti pembakar roti, kesemua cerek ini mempunyai tempoh waranti sehingga 1 tahun.

Pautan: Beli di laman Shopee

Pemanggang Elektrik

Jika anda peminat makanan berasaskan panggangan, maka rumah anda pastinya memerlukan dapur panggang elektrik yang mudah untuk dikendalikan selain ditawarkan pada harga yang murah.

Di MR. DIY, anda boleh mendapatkan pemanggang elektrik dengan pinggan rata pada harga hanya RM89 sahaja. Ia dilihat hadir dengan binaan yang berkualiti selain memastikan makanan yang dipanggang tidak melekat pada permukaan pinggan masak.

Dapatkannya hari ini kerana ia sangat sesuai digunakan untuk aktiviti BBQ ketika berkumpul keluarga atau kenduri.

Pautan: Beli di laman rasmi MR. DIY

Periuk Nasi

Tidak lengkap rumah anda tanpa periuk nasi yang berkualiti. Oleh sebab itu, anda perlu dapatkan periuk nasi daripada MR. DIY yang mana ia ditawarkan pada harga RM89 sahaja.

Periuk nasi MR. DIY ini merupakan produk premium yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Ditambah lagi dengan reka bentuk yang selamat dan mudah untuk gunakan maka ia adalah pilihan terbaik untuk anda yang ingin mendapatkan periuk nasi baharu untuk rumah.

Tambahan, ia juga dihadiri dengan sistem memasak dan pemanasan automatik serta dilengkapi dengan cawan penyukat beras dan sudu hidangan yang bersesuaian.

Pautan: Beli di laman Shopee

Pengisar 1.5L

Barangan yang seterusnya adalah pengisar berdiri dari MR. DIY. Ia diperbuat daripada binaan badan plastik dengan jag plastik yang berkualiti untuk penggunaan haria.

Pengisar ini juga mampu mengadun dan mengisar pelbagai jenis bahan termasuk untuk masakan dan juga jus minuman. Ia dilengkapi dengan mod kelajuan 8 tahap dan dihadiri dengan panel kawalan berwarna-warni.

Bagi yang berminat, pengisar ini dijual pada harga RM70.90. Malah, ia turut menawarkan waranti sehingga satu tahun bagi memastikan kualiti penggunaan terjamin.

Pautan: Beli di laman Shopee

Dapur Gas Berganda

Produk yang paling penting untuk rumah anda adalah dapur gas berganda yang berkualiti tinggi dan bersesuaian untuk aktiviti memasak sepanjang berada di rumah.

Untuk pengetahuan anda, dapur gas berganda dari MR. DIY ini dilengkapi dengan jenis reka bentuk penunu dengan tapak yang lebih luas untuk memasak periuk yang lebih besar. Ia juga menampilkan kemasan badan logam dan tidak mudah kemek.

Dapur gas ini ditawarkan pada harga bernilai RM99 yang cukup berpatutan untuk bajet anda.

Pautan: Beli di laman Shopee