Jika anda belum mencuba Cheese McShaker di McDonald’s, maka jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya bermula hari ini.
Anda boleh menaiktaraf hidangan kentang sedia ada kepada pilihan Cheese McShaker di dalam set yang dipilih. Jangan risau kerana anda hanya perlu menambah RM1 sahaja untuk mendapatkannya, menarik bukan?
Bagi anda yang belum pernah mencubanya, setiap hidangan McShaker didatangkan dengan satu paket perasa serbuk keju dan beg kertas besar untuk anda menggoncang kentang goreng anda.
Untuk pengetahuan anda juga, McD juga sebelum ini telahpun menawarkan variasi rasa untuk McShaker termasuk Mala McShaker dan juga Spicy McShaker. Kedua-duanya dilihat telah mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan.