Kini Shopee telah mula menawarkan platform yang membantu anda menjejaki barangan dan juga pesanan pembelian yang dihantar menggunakan servis penghantaran Shopee Express.

Untuk mula menjejak pesanan, anda perlu mengisi kod pengesanan unik yang diberikan di dalam resit pembelian dan klik ‘Track‘ untuk mendapatkan hasil carian. Selain menawarkan ciri jejak pesanan, anda juga boleh mengetahui senarai pusat pengambilan dan penghantaran barangan Shopee yang terletak di seluruh Malaysia.

Bagi yang tidak mengetahui, Shopee Express adalah platform logistik Shopee yang tersendiri. Ia menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran barangan yang boleh digunakan oleh para penjual di Shopee.

Setakat ini, tawaran Shopee Express hanya terhad untuk untuk penghantaran sehingga 30kg dan melibatkan lokasi di Semenanjung Malaysia sahaja.

Jika anda penjual di Shopee dan berminat untuk menggunakan Shopee Express, berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui:

  1. Caj penghantaran yang disubsidi oleh Shopee dihadkan untuk barangan dengan berat maksimum 3kg untuk penghantaran di Semenanjung Malaysia.
  2. Semua pesanan akan disertakan dengan nombor penjejakan yang telah ditetapkan yang mana penjual mesti menghantar pesanan dengan bil yang dicetak dari Pusat Penjual Shopee.
  3. Setiap pesanan haruslah dihantar di lokasi yang ditetapkan.
  4. Pilihan penghantaran Shopee Express tidak boleh dipindahkan ke mana-mana akaun Shopee lain.
  5. Jika bayaran penghantaran sebenar lebih daripada anggaran kos penghantaran yang dikira berdasarkan berat yang ditetapkan oleh penjual dalam penyenaraian produk, Shopee akan menolak lebihan kos penghantaran daripada pembayaran kepada penjual.