Bagi seorang wanita, perkara yang cukup menakutkan adalah apabila menyedari bahawa anda mula kehilangan rambut. Sememangnya keguguran rambut ini tidak memberi kesan buruk mahupun menjejaskan jangka hayat kita tetapi ia mempengaruhi emosi dan konfiden diri sendiri.
Di Malaysia, hampir 70% individu dikatakan mempunyai masalah rambut yang mana ia berpunca daripada beberapa faktor luaran yang merangkumi tabiat pengurusan dan penjagaan diri yang tidak cermat selain menggunakan produk yang tidak bersesuaian dengan keadaan kulit kepala.
Untuk pengetahuan anda, antara masalah rambut yang paling kerap dialami oleh kebanyakan individu adalah melibatkan garis atau alur pembahagi rambut semakin lebar yang mana perkara ini boleh berlaku tidak kira umur ataupun jantina.
Apakah Punca Garis Pembahagi Rambut Semakin Lebar?
Pastinya masalah ini berpunca disebabkan oleh keguguran rambut. Namun menurut pakar, ia adalah gejala pertama kepada masalah yang lebih besar.
Hal ini kerana, apabila garis pembahagi rambut semakin melebar, ia menunjukkan folikel rambut yang diedarkan ke seluruh kepala kini tidak lagi aktif. Terdapat beberapa faktor yang mungkin menjadikan pengeluaran folikel terganggu termasuk:
- Masalah hormon
- Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan
- Kesan selepas melakukan kemoterapi
- Jangkitan kulat biasanya berlaku pada kanak-kanak dan ia menyebabkan keguguran rambut secara tidak sekata.
- Alopecia Androgenik yang terjadi akibat keturunan dan boleh berlaku seawal umur dua puluhan yang mana rambut mula botak di bahagian anak rambut sehingga ke atas kepala.
- Alopecia Areata yang disebabkan oleh masalah auto imun di mana liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri sehingga boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak
- Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka
Secara amnya, kesan rambut gugur menjadi jelas apabila anda kehilangan hampir 50 peratus daripanya. Oleh itu, pastikan anda tidak terlewat mendapatkan rawatan dan melakukan tindakan yang sepatutnya sebelum ia menjadi lebih sukar untuk dipulihkan.
Lebih cepat anda mengambil tindakan , lebih baik hasil yang anda akan perolehi.
Bagaimana Cara Untuk Mengurangkan Risiko Pembahagi Rambut Anda Semakin Lebar?
Sebelum mengambil tindakan yang seterusnya, perkara yang paling penting untuk mengurangkan risiko pembahagi rambut menjadi semakin lebar adalah mendapatkan maklumat yang betul tentang apa yang menyebabkan keguguran rambut anda.
Kemudian, praktikkan pengambilan multivitamin atau suplemen yang dapat membantu mendorong rambut kembali ke fasa pertumbuhan. Jika ia berupaya untuk tumbuh semula berikut adalah beberapa perkara yang mungkin dapat menyokong pertumbuhan semula rambut pada bahagian kepala
Sekiranya pertumbuhan semula mungkin, proses itu memerlukan kesabaran dan masa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil sementara itu untuk mengurangkan penampilan bahagian yang melebar dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
- Berikan urutan lembut pada kulit kepala setiap hari. Urut selama sekurang-kurangnya empat minit untuk melegakan ketegangan, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan kesihatan kulit kepala.
- Jauhi minyak rambut dengan tekstur yang berat sehingga boleh menyumbat folikel rambut dan menghalang pertumbuhan masa depan.
- Kurangkan kekerapa mencuci rambut. Hal ini kerana, pembersihan harian boleh menyebabkan kekeringan dan kerengsaan kulit kepala sekaligus menyebabkan rambut gugur.
- Hadkan rawatan rambut kimia dan penggayaan haba yang boleh merosakkan rambut dari semasa ke semasa dan menyebabkan kerosakan.
- Elakkan gaya rambut yang menimbulkan ketegangan pada garis rambut anda seperti ikat rambut ekor kuda atau tocang dengan ketat. Tabiat menarik rambut secara berterusan boleh merosakkan folikel rambut secara kekal dan dalam kes yang melampau boleh menyebabkan alopecia cengkaman.