Lina Rosli Diterbitkan 25 February 2022

Setel Express, Pengguna Kini Boleh Mula Menghantar Bungkusan

Setel mula memperluaskan penawarannya yang mana pengguna kini tidak hanya boleh mengisi minyak tanpa perlu berkunjung ke kaunter, tetapi turut boleh mula menghantar bungkusan menerusi servis Setel Express.

Jika anda berminat untuk mula menggunakan Setel Express, caj penghantaran yang dikenakan adalah serendah RM5 sahaja serta ia turut menawarkan servis penghantaran seperti:

  • Pintu ke pintu
  • Pusat pengumpulan ke pintu
  • Pusat pengumpulan ke pusat pengumpulan (ambil sendiri)
  • Pintu ke pusat pengumpulan (ambil sendiri)

Setakat ini, Setel Express terbuka untuk pengguna di lokasi terpilih di beberapa negeri iaitu Lembah Klang, Johor dan juga Pulau Pinang.

Berikut adalah senarai tempat pengumpulan barang Setel Express:

  • Petronas Bagan Ajam, Pulau Pinang
  • Petronas Farlim, Pulau Pinang
  • Petronas Mutiara Rini, Johor
  • Petronas Lebuh Desa Cemerlang, Johor
  • Petronas Taman Putra Ampang
  • Petronas Damansara Jaya 2
  • Petronas Solaris Serdang
  • Petronas Taman Daya
  • Petronas Temasya
  • Petronas Unikeb Bangi 2
  • Petronas NuriPandamaran
  • Petronas Jenjarom

Sekiranya anda ingin mengunjungi hub Setel, waktu operasi mereka adalah pada hari Isnin hingga Sabtu tidak termasuk cuti umum bermula jam 8 pagi sehingga 7 malam.

Sementara untuk urusan pengambilan dan penghantaran pula, ia boleh dilakukan pada hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. Servis ini tidak tertakluk ketika cuti umum.

Apakah Barangan Atau Bungkusan Yang Tidak Boleh Hantar Menggunakan Setel Express?

Berikut adalah senarai barangan atau item yang tidak boleh anda hantar menggunakan Setel Express yang mana mereka tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerosakan item yang dilarang.

  • Barangan mudah rosak atau pecah seperti bunga, kek atau makanan yang memerlukan pengendalian khas
  • Barangan berbahaya, mudah meletup, mudah terbakar dan tidak selamat
  • Kad kredit atau debit
  • Barang terlarang yang tidak terhad kepada bahan narkotik, alkohol atau rokok
  • Haiwan dan tumbuhan hidup
  • Barang tiruan
  • Bungkusan melibatkan setem cukai atau instrumen boleh niaga, logam/batu berharga
  • Senjata
  • Bahan lucah

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Setel bermula hari ini dan mula mendaftar untuk menikmati servis penghantaran dari Setel Express.