Jika masa anda banyak dihabiskan di dalam kesesakan lalu lintas, atau di celah timbunan kertas di pejabat, maka rangkaian produk Laneige Water Bank Blue Hyaluronic adalah pilihan yang perlu anda ambil bagi mengekalkan kesegaran wajah sepanjang hari.

Menerusi set ini, anda boleh mendapatkan variasi produk di dalamnya termasuk pembersih wajah, penyegar, emulsi, serum, krim wajah dan juga krim mata. Bukan itu sahaja, apa yang menarik mengenai produk ini, ia tidak hanya tertumpu kepada kulit yang tertentu sahaja, tetapi ia ditawarkan untuk semua kondisi kulit termasuk jenis kulit kering mahupun kulit berminyak.

Apa Yang Terkandung Di Dalam Rangkaian Laneige Water Bank Blue Hyaluronic?

Sesuai untuk penggunaan kulit yang tampak letih dan kusam, barisan produk Laneige Water Bank Blue Hyaluronic berupaya memberikan penghidratan sepenuhnya pada kulit yang rosak.

Keletihan kulit bukanlah sesuatu yang boleh diperbaiki oleh penghidratan biasa. Inilah sebabnya mengapa jenama kecantikan Korea Selatan, Laneige, melakukan penyelidikan yang lebih mendalam mengenai mekanisma pelembab kulit sekaligus menghasilkan penyelesaian asas untuk kulit yang terdehidrasi.

Water Bank Blue Hyaluronic baharu secara asasnya membina kekuatan kulit dalaman anda untuk kekal tahan dan teguh menentang kekeringan dan kurangan air di dalam kulit sebelum ia membawa kepada sebarang masalah penuaan.

Berbanding rangkaian Laneige yang lain, ia menawarkan sehingga 3.61 kali ganda pembaikan dan pengukuhan kerosakan penghalang kulit bagi mengekalkan kelembapan sepanjang hari.

Bagaimana Anda Boleh Menggunakan Laneige Water Bank Blue Hyaluronic?

Rutin penjagaan kulit yang betul diperlukan bagi mendapatkan kulit yang lembap dan berseri. Berikut adalah rutin 6 langkah dengan rangkaian Water Bank Blue Hyaluronic:

  • Mulakan dengan membersihkan kulit untuk membuang sebarang kekotoran yang terkumpul sepanjang hari.
  • Seterusnya sapukan penyegar untuk meningkatkan penyerapan produk ke dalam kulit dengan lebih mendalam.
  • Sementara gunakan emulsi pula untuk memberikan sifat pengukuhan penghalang kulit dan lapisan kelembapan pada kulit.
  • Sekiranya anda ingin mengurangkan bengkak bawah mata dan kedutan di sekitar kawasan mata, pastikan anda menggunakan krim mata secara aktif.
  • Serum pula boleh digunakan untuk menambah kelembapan pada kulit lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit yang letih dan ingin membaiki kerosakan penghalang kulit.
  • Akhir sekali, selesaikan dengan krim wajah yang mana ia diperkenalkan bagi meletakkan lagi satu lapisan penghidratan sambil mengunci semua kebaikan pelembab.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, belanja sekurang-kurangnya RM400 atau lebih untuk mana-mana rangkaian Water Bank Blue Hyaluronic pada harga biasa yang dan anda akan layak menerika beg kanvas edisi khas Laneige secara percuma bermula jam 11 hingga 17 Mac 2022 di mana-mana kaunter kecantikan dan butik Laneige di seluruh negara.