Terbaru, jenama muslimah Naelofar telah menampilkan dan membawakan koleksi baharu dengan kolaborasi bersama jenama global Disney iaitu Disney x Naelofar The Little Mermaid.

Untuk koleksi ini, Naelofar menawarkan variasi corak tudung dan kaftan yang diperbuat daripada sutera yang mana ia diilhamkan oleh watak Ariel yang mencintai dua dunia iaitu dunia di bawah laut dan dunia manusia.

Antara produk yang ditawarkan dalam koleksi ini adalah The Little Mermaid Shawl dan Square yang tersedia dalam 6 warna setiap satu dan juga The Little Mermaid Kaftan yang tersedia dalam 3 warna.

Bukan itu sahaja, The Little Mermaid Clear Tote Bag turut ditawarkan dan menjadikannya koleksi ini pelengkap gaya harian anda. Bagi yang berminat anda boleh mula mendapatkannya hari ini di laman atas talian Naelofar atau kedai Shopee rasmi dan juga kedai fizikal berdekatan anda.

Berikut adalah senarai harga jualan koleksi The Little Mermaid:

  • The Little Mermaid Shawl ditawarkan pada harga RM119 sehelai.
  • The Little Mermaid Square ditawarkan pada harga RM119 sehelai.
  • The Little Mermaid Kaftan ditawarkan pada harga RM199 sehelai.
  • The Little Mermaid Tote Bag ditawarkan pada harga RM149 sehelai.