Fenty Beauty adalah jenama yang tidak lagi asing dalam industri kecantikan dan juga solekan. Jenama ini sangat aktif dalam menampilkan inovasi pada barisan produk mereka tidak kira untuk gincu, pemerah pipi, bedak asas dan banyak lagi.
Terbaru, Fenty Beauty dilihat hadir dengan sebuah lagi produk yang bakal menarik perhatian ramai iaitu bekas gincu eksklusif, Fenty Matte Black.
Menerusi bekas gincu eksklusif, anda tidak lagi perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan barisan warna gincu yang baharu kerana koleksi ini hadir dengan 10 pilihan warna yang boleh diganti dan digunapakai.
Kesemua gincu diisi semula ini didatangkan dalam dalam kemasan separa matte yang mana ia dicipta untuk menyerlahkan setiap hari dan menjadikannya kelihatan lebih mudah untuk diakses. Fenty dilihat menyertakan 3 pilihan warna merah berpigmen tinggi dan 7 pilihan warna neutral yang sempurna untuk semua dan boleh disesuaikan dengan suasana hati si pemakai.
Untuk mendapatkannya, Fenty Beauty Fenty Icon Refillable Gincu boleh didapati di sephora.my dan boleh didapati di kedai di Sephora Malaysia bermula hari ini.
Harga yang ditawarkan untuk gincu dan bekas gincu adalah berasingan yang mana:
- Gincu berharga RM102
- Bekas/Sarung gincu berharga RM60