Lina Rosli Diterbitkan 28 February 2022

Sudahkah Anda Mencuba Pes Kari Hijau Dari Ayam Brand?

Jika anda penggemar kari hijau, tahukah anda bahawa Ayam Brand kini sudah mula menawarkan pes kari hijau yang akan memudahkan anda untuk menyediakannya di rumah?

Pes kari hijau atau lebih dikenali sebagai pes kari Thai ini biasanya dihidangkan bersama nasi putih dari beras wangi. Ia mempunyai rasa yang pedas, aromatik dan sedikit manis jika dibandingkan dengan kari yang biasa.

Sementara untuk warnanya pula, ia menampilkan warna hijau yang berasal daripada bahan utamanya cili hijau segar. Maka, tidak hairanlah mengapa ia dinamakan kari hijau dan mempunyai warna yang juga berlainan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Pes Kari Hijau Ayam Brand ini, anda boleh mula membelinya menerusi kedai atas-talian Lazada Ayam Brand atau dapatkannya di pasaraya berdekatan anda bermula hari ini pada harga sekitar RM6.50.