Sudah tentu anda tidak mahu sekiranya anda telah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak ketika pembelian di kedai runcit ataupun pasaraya, dan selepas itu mendapati bahawa sayuran atau buah-buahan yang dibeli kelihatan tidak segar serta mempunyai rasa yang mengecewakan.
Oleh sebab itu, anda perlu mempelajari cara memilih hasil sayuran dengan baik supaya ia boleh membantu anda mengelak kekecewaan itu, malah membantu anda menjimatkan wang untuk membeli barangan runcit yang baharu.

Berikut adalah panduan pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh anda praktikkan:
- Untuk bawang, anda disarankan untuk memilih jenis yang berkilat dan hindari produk yang sudah hampir kering.
- Manakala sayuran hijau pula, pastikan sayur tersebut mempunyai warna hijau yang terang dan tidak mempunyai tompokan kuning.
- Sementara cili, anda boleh memilih cili berdasarkan keperluan masakan anda. Biasanya cili yang berkilat, sesuai untuk masakan pedas. Untuk cili yang manis, pilih warna merah atau sedikit kekuningan.

Walau bagaimanapun, harus diingatkan kepada anda bahawa sentiasa memilih barangan yang memenuhi 3 perkara penting ini iaitu:
- Mempunyai berat dan bentuk yang optimum kerana sayuran atau buah yang ringan kebiasaannya sudah hilang jus yang diperlukan untuk memberi rasa unik ke dalam makanan.
- Tidak menampilkan warna yang pelik seperti bintik coklat atau tompokan kuning kerana ia menandakan hasil tersebut sudah rosak.
- Mengeluarkan aroma atau bau buah yang segar. Sekiranya telah busuk, pastinya ia akan mengeluarkan bau seakan tidak elok iaitu masam dan bergas.