Pavilion Bukit Jalil mula hadir dengan kedai runcit gergasi daripada Thailand iaitu Siam Piwat.

Menerusi pembukaan Siam Piwat, anda boleh mendapatkan pelbagai barangan ‘Made in Thailand’ dari 3 jenama eksklusif negara tersebut iaitu Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT. Untuk setiap jenama ini, ia dikatakan akan memenuhi keperluan individu yang mana pembeli tempatan mahupun antarabangsa dapat merasai pengalaman Thailand tanpa perlu meninggalkan Malaysia.

Pengenalan 3 jenama ini di Siam Piwat di Pavilion Bukit Jalil, ia dijangka membantu Thailand merealisasikan impian untuk menawarkan produk mereka dengan lebih meluas ke persada dunia.

Untuk pengetahuan anda, Ecotopia, Absolute Siam Store dan ICONCRAFT masing-masing mewakili aspek unik budaya Thai:

  • Ecotopia dilihat menumpukan penawaran barangan daripada komuniti. Ia juga membawakan produk eko yang baik untuk alam sekitar. Dengan kerjasama 12 pencipta eko, anda boleh menikmati pengalaman eko-sentris baharu dan mesra pengguna menerusi jenama Seasun Society iaitu rangkaian penjagaan kulit mesra alam, dan Magfish yang menawarkan hasil seni dan kraf yang menggunakan bahan kitar semula.
  • Absolute Siam pula memberi tumpuan kepada fesyen avant-garde Thailand yang mana jenama ini telahpun hadir dengan platform yang menghimpunkan lebih daripada 60 pereka fesyen dalam mempamerkan kreativiti dan kehebatan fesyen mereka. Antaranya adalah Mahanakon, TA.THA.TA, Coralist dan juga Sue dan Anona.
  • ICONCRAFT mempamerkan seni dan kraf unik Thailand yang menawarkan produk daripada lebih 800 tukang, pereka bentuk dan komuniti tempatan di seluruh Thailand. Anda boleh mendapatkan barang kemas, hiasan rumah, kraftangan yang unik, artifak gaya hidup dan wangian. Jenama yang boleh dijumpai di ICONCRAFT termasuklah Bangkok Baskets yang menjual beg buatan tangan dengan reka bentuk kontemporari dan Kitt. ta. Khon menampilkan perabot tenunan tangan moden

Selain 3 jenama ini, Siam Piwat dijangka akan memperkenalkan juga Sukhumvit 38 yang mana ia akan menawarkan pengalaman makan hidangan berkonsepkan Thai yang diterajui oleh Chef Bintang Michelin.

Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan dalam mengunjungi Siam Piwat di Pavilion Bukit Jalil bermula hari ini. Anda juga boleh turut mengunjungi beberapa kedai lain yang menari seperti LOHAS, TIANYUE TEAJOY, HOHM, DULUKINI, dan TSUTAYA BOOKS.