Jika anda berminat untuk mendapatkan botol atau item istimewa dari Starbucks buat keluarga, rakan mahupun kenalan anda, maka Program Siren Gifting adalah jawapannya.
Apa itu Siren Gifting? Bagi yang tidak mengetahui, Siren Gifting adalah sebuah servis atau inisiatif yang diperkenalkan oleh Starbucks dalam membantu anda melakukan penghantaran item yang dibeli di Starbucks terus kepada mana-mana individu yang ingin anda raikan di seluruh Malaysia.

Bagaimana Anda Boleh Mula Menggunakan Siren Gifting?
Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan sebelum boleh mula menghantar hadiah, iaitu:
- Lawati ke rangkaian Starbucks terpilih berdekatan anda. Anda boleh lihat senarai Starbucks yang menawarkan servis Siren Gifting di laman rasmi Starbucks Malaysia.
- Kemudian, pilih dan beli item yang ingin diberikan kepada insan yang istimewa.
- Imbas kod QR yang disediakan untuk mengisi butiran tentang siapa anda ingin menghantar hadiah anda.
- Tulis mesej anda pada kad ucapan secara percuma dan serahkan kepada barista setelah selesai.
- Seterusnya, anda perlu melakukan pembayaran untuk item yang dibeli di kaunter Starbucks.
- Apabila semua maklumat telah lengkap, pihak Starbucks akan menguruskan proses yang selebihnya.
Usah risau mengenai balutan hadiah yang ingin dihantar kerana barista Starbucks akan membantu anda dengan pembungkusan dan penghantaran item. Setiap item akan dibalut dan dibungkus dengan teliti supaya ia berada dalam keadaan yang terbaik sewaktu diterima oleh penerima.
Berapa Lama Tempoh Yang Diambil Untuk Penghantaran Hadiah Tersebut?
Masa penghantaran mungkin mengambil masa sehingga 5 hari bekerja untuk lokasi di Semenanjung Malaysia. Sementara, masa penghantaran untuk lokasi di Sabah dan Sarawak pula adalah sehingga 16 hari bekerja. Tempoh ini bergantung kepada keadaan cuaca atau faktor luaran yang boleh mempengaruhi jadual penghantaran.
Harus diingatkan juga, Starbucks akan mengenakan caj sekitar RM10 hingga RM17 untuk setiap penghantaran yang dilakukan.