Carian
KOMONO Perkenalkan Koleksi Cermin Mata Hitam Baharu – Siri Jessie Dijual Pada Harga RM619
March 1, 2022 Lina Rosli

Kebanyakan individu sering melihat cermin mata hitam adalah sebagai aksesori fesyen yang membantu memastikan mata kita selesa daripada cahaya matahari yang terik. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa cermin mata hitam adalah lebih daripada sekadar itu yang mana ia sebenarnya sangat penting untuk melindungi mata daripada sinaran UV yang bahaya dan boleh merosakkan kelopak mata, kornea, kanta dan juga retina.

Oleh sebab itu, pemilihan cermin mata hitam yang selesa sangat memainkan peranan utama dalam memberi impak yang positif kepada mata sepanjang pemakaiannya. Selari dengan itu, KOMONO iaitu sebuah jenama aksesori fesyen yang diasaskan oleh Raf Maes dan Anton Janssens di Belgium pada tahun 2009 kini hadir dengan sebuah koleksi baharu untuk cermin mata hitam yang disebut Jessie Series.

Melalui Jessie Series ini, ia menampilkan rekaan cermin mata hitam yang minimalis dan moden yang sesuai dengan permintaan pasaran masa kini. Cermin mata hitam ini memperlihatkan perincian bentuk kaca seakan mata kucing geometri dengan bingkai asetat berkualiti tinggi yang besar. Hasilnya, ia menjadikan ciri wajah anda kelihatan lebih berkontur sewaktu memakainya.

Terdapat dua pilihan model yang boleh anda miliki iaitu Jessie Black Tortoise dan Jessie Wisteria yang dijual pada harga RM619 sebuah. Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke butik fizikal yang terpilih iaitu:

  • Vernakular Store
  • Time Zone Gallery Ampang
  • Time Zone IOI City Mall Putrajaya
  • Time Zone Sogo Kuala Lumpur
Komen