Selain daripada FoodPanda, GrabFood dan ShopeeFood, terdapat banyak lagi servis penghantaran makanan yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan hidangan yang anda gemari termasuklah pesanan menerusi AEON Makan.

AEON Makan adalah platform penghantaran sehenti yang menghimpunkan pekedai dan peniaga makanan yang bertapak di AEON. Melaluinya, anda tidak perlu berkunjung ke kedai fizikal mereka untuk menikmati makanan tetapi kini boleh terus memesan makanan dari rumah menggunakan laman atas-talian AEON Makan ataupun aplikasi MyAEON World yang kini boleh diakses di peranti mudah-alih setiap individu.

Bagaimana Anda Boleh Mula Melakukan Pesanan Di AEON Makan?
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk mula melakukan pesanan di AEON Makan:
- Muat-turun aplikasi MyAEON World menerusi Google Play Store atau Apple App Store.
- Atau anda juga boleh kunjungi terus ke laman rasmi AEON Makan (makan.myaeon.com.my)
- Kemudian, lengkapkan maklumat diri seperti nama, alamat, emel dan nombor telefon.
- Bagi anda yang telahpun melakukan pendaftaran sama ada di aplikasi MyAEON2go, anda hanya perlu mendaftar masuk ke dalam aplikasi MyAEON World menggunakan emel dan kata laluan yang sama.
- Seterusnya, klik butang ‘AEON Makan’ dan masukkan alamat penghantaran yang diingini.
- Anda boleh memilih kedai yang tersedia di AEON Mall berdekatan anda.
- Pilih menu yang dihidangkan dan kemudian melengkapkan butiran penghantaran dan kaedah pembayaran yang ingin digunakan.
- Tekan butang ‘Checkout’ dan tunggu makanan anda disediakan oleh pekedai sebelum mula dihantar terus di depan pintu rumah anda.

Untuk setiap pembelian yang dipesan, caj penghantaran akan dikenakan kepada pengguna iaitu pada nilai sekitar RM5. Manakala untuk kaedah pembayaran pula, anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan kad debit atau kredit serta turut boleh membayar menerusi dompet digital Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.
Selain menggunakan aplikasi MyAEON World untuk memesan makanan, anda turut boleh membeli kelengkapan pakaian atau rumah menggunakan servis MyAEON Lifestyle atau anda juga boleh mendapatkan produk yang menarik di Daiso dengan mudah dan pantas.