Sama seperti individu dewasa, kanak-kanak juga perlu mendapatkan bantuan kesihatan yang mencukupi atau mungkin mereka sebenarnya memerlukan lebih perhatian setiap hari bagi menjamin kesejahteraan kehidupan.
Hal ini kerana, jika mereka tidak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang terbaik, ia dijangka akan mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi, pertumbuhan dan perkembangan serta keupayaan mereka untuk mencapai potensi penuh sebagai orang dewasa.
Oleh itu, para ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang kesihatan dan kesejahteraan mereka dengan cara menyediakan keperluan khusus untuk kanak-kanak yang bermula daripada penyediaan makanan sehinggalah kepada keperluan tambahan.
Menyedari kepentingan dalam memenuhi keperluan kanak-kanak, Jardin Pharma kini mengumumkan pengenalan Jardin Kids.

Jardin Kids adalah usaha pertama syarikat eko-farmaseutikal dalam menghasilkan produk yang menumpukan kepada keperluan kanak-kanak. Menerusinya, ia membantu memberikan sokongan yang amat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat ke arah melengkapkan kanak-kanak dengan sistem imun yang sihat yang mereka perlukan.
Selari dengan pengenalan Jardin Kids juga, Jardin Pharma telah memperkenalkan tiga (3) produk terbaru di pasaran iaitu:
- Vitamin C. Pengenalan ini sebagai faktor perlindungan terhadap kesihatan fizikal dan kesejahteraan am kanak-kanak. Ia direka dalam bentuk gula-gula getah yang mana boleh dikunyah mudah oleh kanak-kanak.
- Ubat Gigi Sinbiotik Asli Jardin Kids. Produk ubat gigi ini dirumus khas untuk gigi susu yang masih lagi dimiliki kanak-kanak dalam menghalang pembentukan plak dan menyediakan kesihatan untuk gusi kanak-kanak. Ia ditawarkan dalam dua pilihan perisa iaitu strawberi dan juga pudina.
- Jardin Kids Brain Supplements. Ia adalah suplemen yang dibuat untuk meningkatkan fokus dan fungsi kognitif umum yang akan membantu menjana kuasa otak, ingatan, kreativiti dan kewaspadaan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk untuk kanak-kanak, anda boleh kunjungi laman Facebook rasmi Jardin Pharma bermula hari ini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai produk yang ditawarkan.