Carian
Shell Penang Road Antara Bangunan Warisan Di Pulau Pinang – Berusia Lebih 100 Tahun?
March 1, 2022 Lina Rosli

Shell kini sudah mencecah 110 tahun mendirikan operasi mereka di Malaysia dan salah satu stesen atau bangunan Shell yang tertua di negera ini adalah Shell Penang Road.

Untuk pengetahuan anda, stesen Shell Penang Road merupakan antara bangunan yang terselamat sewaktu kejadian Perang Dunia II. Ini sekaligus menjadikannya antara warisan sejarah penting bagi negeri Pulau Pinang.

Terkini, Shell dilihat telah melakukan sedikit pengubahsuaian pada rekaan luaran kedai serbaneka Shell iaitu Select. Ia membawakan elemen yang lebih klasik dan dalam pada masa yang sama memperlihatkan binaan yang lebih bersesuaian untuk dikategorikan sebagai mercu tanda pelancongan.

Didirikan pada tahun sekitar 1920-an, Shell Penang Road dahulunya telah banyak menawarkan kemudahan dan keperluan kepada pengguna dan masyarakat setempat dalam mendapatkan servis untuk pengangkutan mereka. Hal ini kerana, lokasinya bukan sahaja strategik untuk individu mengunjunginya, tetapi juga merupakan antara kawasan popular dalam kalangan pelancong dalam menikmati keunikan budaya yang ditampilkan.

Bercerita mengenai rekaan baharu Shell Penang Road, ia membawakan binaan yang memperingati seni bina kolonial Pulau Pinang yang indah. Ruangan di dalam bangunan membawakan variasi pilihan makanan termasuk snek dan minuman untuk pengunjung yang datang di samping menyediakan tempat rehat yang lebih selesa dan bersih.

Jadi, sekiranya anda berkunjung ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah sebentar di Shell Penang Road untuk berehat selain menikmati servis yang ditampilkan pada stesen minyak berkenaan.

Sumber: Shell

Komen