Bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang bakal berlangsung pada 8 Mac 2022 ini, Pusat Perubatan Sunway kini hadir dengan siri kandungan digital 12 episod yang berkongsi tentang kesihatan wanita iaitu Her Stories
Menerusi Her Stories, ia membantu individu lebih-lebih lagi wanita untuk menyuarakan pendapat dan berkongsi pengalaman unik mereka yang merangkumi topik berkenaan kesihatan fizikal dan juga perkembangan emosi dengan lebih inklusif dan tepat.
Berdasarkan perkongsian Pusat Perubatan Sunway juga, Her Stories adalah siri bual bicara yang akan dihadiri dengan barisan tetamu yang berpengaruh dan mempunyai pengetahuan dalam bidang perubatan. Dengan ini, ia akan menggalakkan orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu maklumat selain mengambil iktibar daripada perbualan dan kisah yang diketengahkan dalam setiap episod.
Antara topik yang mungkin akan menarik perhatian anda melibatkan pandangan tabu orang ramai mengenai kanser. Di dalam episod ini, seorang penghidap kanser kolorektal yang berusia sekitar 20-an telah berkongsi kisah kehidupannya dan kejayaan beliau melawan kanser yang biasanya menyerang lelaki pada usia 50-an. Beliau juga turut membincangkan tentang cara untuk menghadapi pandangan orang ramai dan apakah persediaan awal dari segi mental dan fizikal sepanjang menghadapinya.
Ada juga episod yang turut membualkan tentang menghadapi masalah kehamilan yang berlaku pada lewat usia. Apakah tindakan yang perlu dilakukan seorang wanita yang telah mencecah umur lewat 30-an sepanjang tempoh hamil dan bagaimana cara untuk menjaga kesihatan diri dan juga bayi.
Bagi yang berminat untuk menonton kandungan digital Her Stories ini, anda boleh mengaksesnya melalui saluran Youtube Pusat Perubatan Sunway bermula hari ini. Setiap episod akan ditayangkan pada setiap hari Selasa dan artikel berkenaan kesihatan wanita pula akan diterbitkan pada setiap hari Isnin di laman rasmi Sunway Medical mulai 7 Mac 2022.