Carian
Dapatkan Minuman Costa Coffee Menerusi Mesin Layan Diri Di 99 Speedmart Terpilih
March 2, 2022 Lina Rosli

Pengenalan mesin layan diri Costa Coffee ini telahpun ditawarkan secara meluas di sekitar kawasan Lembah Klang sejak pertengahan tahun 2021 lagi, tetapi masih lagi terhad di cawangan 99 Speedmart terpilih sahaja. Antara cawangan yang menawarkan servis ini adalah:

Bagi penggemar kopi, tahukah bahawa anda boleh mendapatkan minuman kegemaran menerusi mesin layan diri Costa Coffee di 99 Speedmart?

  • 99 Speedmart Setia Alam 1
  • 99 Speedmart Jalan Genting Klang
  • 99 Speedmart Kota Kemuning 3
  • 99 Speedmart Geo Bukit Rimau
  • Wisma 99 Speedmart
  • 99 Speedmart Presint 9 Putrajaya
  • 99 Speedmart Trillium Sg Besi
  • 99 Speedmart Tmn Saujana Putra
  • 99 Speedmart Pelangi Damansara
  • 99 Speedmart Jln Sentul Pasar
  • 99 Speedmart Desa Sri Hartamas
  • 99 Speedmart Tmn Villa Tropika
  • 99 Speedmart Bdr Baru Klang 
  • 99 Speedmart Eco Santuar
  • 99 Speedmart Kota Damansara Sek 4
  • 99 Speedmart Permai Square
  • 99 Speedmart Desa Aman Puri
  • 99 Speedmart Kota Warisan 1
  • 99 Speedmart Tmn Puchong Permai
  • 99 Speedmart Bdr Sri Permaisuri 
  • 99 Speedmart Setia Ecohill
  • 99 Speedmart Equine Park
  • 99 Speedmart Residensi Park Bkt Jali
  • 99 Speedmart Putrajaya Presint 15
  • 99 Speedmart Rantau Panjang 1
  • 99 Speedmart Bkt Jelutong 1
  • 99 Speedmart Plaza Setapak
  • 99 Speedmart Tmn Ukay Perdana
  • 99 Speedmart USJ 10 Taipan
  • 99 Speedmart Tmn Connaught
  • 99 Speedmart Dataran Sunway
  • 99 Speedmart Jalan Imbi
  • 99 Speedmart Jln Pudu
  • 99 Speedmart Wangsa Maju 2
  • 99 Speedmart Dataran Jelatek
  • 99 Speedmart Eco Majestic 2
  • 99 Speedmart Pandan Indah 2
  • 99 Speedmart Kl Traders Square
  • 99 Speedmart Midfields Square East
  • 99 Speedmart Brickfields 2
  • 99 Speedmart Sg Besi 1

Sekiranya anda ingin mencuba, anda boleh melihat menu minuman yang ditawarkan pada bahagian sisi mesin. Pada skrin juga, ia turut akan memaparkan menu yang paling popular dan kerap dibeli oleh pelanggan yang dilihat akan memudahkan anda untuk membuat pilihan minuman.

Setelah selesai memilih minuman, mesin layan diri Costa Coffee ini akan memaparkan pula pilihan saiz cawan iaitu regular dan juga large untuk minuman panas dan juga sejuk.

Manakala untuk pembayaran pula, setakat ini, ia tidak menawarkan pembayaran terus pada mesin menggunakan kad debit, kad kredit mahupun dompet digital. Namun, mesin ini akan mengeluarkan resit atau tiket pembelian yang memerlukan anda untuk menunjukkan dan terus membuat pembayaran di kaunter.

Menarik bukan? Jangan lepaskan peluang untuk anda mencuba variasi minuman kopi di mesin layan diri Costa Coffee yang terdapat di 99 Speedmart terpilih berdekatan anda bermula hari ini! Untuk mengetahui cawangan yang menyediakan perkhidmatan ini, anda boleh layari laman rasmi Costa Coffee dan semak lokasi berdekatan anda.

Komen