Berdasarkan perkongsian laman rasmi Facebook Klook, kini jenama ini dilihat telah mula menggunakan rekaan logo baharu yang dilihat lebih kemas dan ceria berbanding sebelum ini.
Ikon ini dinamakan sebagai ‘joysplash‘ yang mana ia menggambarkan akan keseronokan dunia yang ingin dibawa oleh Klook. Selari dengan servis yang ditawarkan, jenama ini dilihat ingin memastikan kesemua pelanggannya dapat menikmati pelbagai pengalaman yang menggembirakan tidak kira kecil atau besar sepanjang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Jika anda lihat juga pada ikon yang diperkenalkan, ia memperlihatkan pemilihan warna jingga, ungu, cyan dan juga kuning. Bersesuaian dengan objektif Klook, kesemua warna ini dikatakan mencerminkan sifat dinamik, keseronokan dan keyakinan yang ingin dipersembahkan kepada umum.
Bukan itu sahaja, bersama-sama dengan logo baharu, Klook turut hadir dengan slogan “Your World Of Joy.”

Apakah Yang Klook Kini Tawarkan?
Sekiranya anda memuat turun aplikasi Klook, anda kini boleh menikmati bermacam-macam pengalaman daripada lebih 1,000 destinasi di seluruh dunia.
Tawaran yang disediakan di dalam Klook merangkumi tempat percutian yang menarik, promosi dan diskaun sewaktu pembelian tiket, dan yang terbaru Klook turut mula mengembangkan servis mereka untuk kategori baharu termasuk pembelian insurans perjalanan, sewaan kereta, penginapan, pas tarikan dan banyak lagi.

Malah, Klook turut memperkenalkan ciri baharu yang paling ditunggu ramai individu iaitu kaedah pembayaran terus pada aplikasi. Anda kini boleh melakukan transaksi pembayaran menggunakan dompet digital iaitu GrabPay, Touch ‘n Go eWallet selain boleh juga melakukan pindahan wang menggunakan perbankan atas-talian.
Bukan itu sahaja, untuk memastikan pengalaman penggunaan yang lebih maksima, Klook turut menambahbaik fungsi untuk meninggalkan ulasan yang mana anda boleh menambahkan kata kunci yang lebih mudah seperti “santai”, “menggembirakan”, “menarik” atau “seronok” untuk membantu individu lain merasai pengalaman yang sama seperti anda.
Untuk mencubanya, anda kini boleh menerokai pengalaman baharu di Klook dengan mula memuat turun aplikasi mereka di App Store dan juga Play Store. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Klook bermula hari ini.