Bagi anda yang sedang mencari kit ujian kendiri untuk tujuan pemeriksaan kesihatan dan jangkitan Covid-19, kini kit berjenama Alltest Covid 19 Antigen Rapid Test boleh dibeli pada harga hanya RM5.70 di Guardian Malaysia.
Menurut penyenaraian di laman rasmi Guardian Malaysia, ia menunjukkan penawaran potongan harga ke atas kit ujian tersebut iaitu diskaun sebanyak 25% daripada harga asalnya RM7.55.

Untuk mendapatkannya, anda boleh melakukan pembelian di laman rasmi Guardian Malaysia bermula hari ini atau kunjungi ke cawaran fizikal berdekatan anda.
Selain kit ujian Alltest, terdapat beberapa pilihan jenama lain yang boleh anda dapatkan seperti:
- Diacegene Covid 19 Antigen Test Kit – RM7.90
- Whistling Test 2019-Ncov Saliva Ag Easy Test – RM 9.90
- XABT Covid 19 Antigen Rapid Test – RM9.90
- Genrui Sars-Cov-2 Antigen Test Kit (Collodial Gold) – MYR 9.50
- WONDFO 2019-nCoV Antigen Self Test Kit – RM6.00
Harus diingatkan juga, sekiranya anda membeli kit ujian kendiri secara atas-talian ataupun di farmasi yang menjualnya, pastikan anda peka akan segala maklumat yang ditampilkan pada kotak bungkusan bagi memastikan kit yang dibeli dapat berfungsi dengan baik dan selamat.