Bagi tidak ketinggalan dalam arus teknologi yang kini semakin pesat membangun, nampaknya Pizza Hut mula hadir dengan program kesetiaan yang tersendiri yang kini sudah boleh diniknimati oleh semua pelanggannya, iaitu Hut Rewards.

Hut Rewards menampilkan penawaran mata ganjaran yang dipanggil sebagai Slices yang mana ia boleh dijana dan dikumpul menerusi pembelian minima RM30 dalam satu resit yang juga melibatkan pesanan secara atas-talian.

Cara Untuk Mula Mengumpul Slices Menerusi Ciri Hut Rewards

Berikut adalah 5 langkah utama yang boleh anda lakukan untuk mula memperoleh Slices:

  1. Muat turun aplikasi Pizza Hut di kedai atas-talian App Store dan Play Store.
  2. Kemudian, daftar akaun untuk mula memesan hidangan piza, roti atau menu pasta yang digemari.
  3. Anda perlu memastikan bahawa pesanan yang dilakukan haruslah melebihi RM30 untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 Slice.
  4. Sekiranya pembelian anda bernilai RM59, nilainya adalah tidak mencukupi untuk mendapatkan 2 Slices. Oleh itu, anda perlu menggenapkan nilai tersebut kepada RM60 atau lebih untuk memperoleh Slice yang kedua.
  5. Apabila Slices anda telah mencukupi, pergi ke tab Hut Rewards dan pilih menu yang bertepatan dengan jumlah Slices anda.

Harus diingatkan, Hut Rewards ini tidak tertakluk kepada pembelian selain daripada pesanan penghantaran atas-talian dan juga pesanan ambil-sendiri (self-pickup). Anda juga boleh menebus maksima 4 item dalam satu transaksi.

Ini adalah senarai menu yang boleh anda tebus:

  • 3 Slices – 8 ketul Tasty Chicken Bites
  • 6 Slices – 4 ketul Smoked Deli Wings
  • 9 Slices – 1 Personal Pizza (Favourite), 1 Pasta Asam Pedas (Standard)
  • 12 Slices – 1 Regular Pizza (Favourite), 1 Regular Pizza (Supreme)

Menarik bukan? Jangan lupa untuk pesan piza kegemaran anda hari ini melalui aplikasi Pizza Hut dan mula kumpul Slices bermula hari ini. Anda berpeluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran hidangan yang boleh anda tebus secara percuma.