Baru-baru ini, Pandora telah memperkenalkan aksesori baharu dengan kolaborasi bersama Marvel. Menerusi kolaborasi ini, terdapat beberapa pilihan produk yang ditawarkan dalam bentuk cincin, charm dan juga gelang tangan.
Koleksi ini dilihat membawakan sejumlah karakter hero Marvel seperti Iron Man, Hulk, Black Panter, Black Widow, Captain America dan banyak lagi yang mana ia masing-masing ditampilkan dalam saiz 3D mini.

Untuk koleksi Marvel X Pandora juga, ia menampilkan dua pilihan kemasan iaitu lapisan emas 14k dan juga sterling silver yang hypoallergenic dan sesuai untuk dipakai setiap hari.
Antara aksesori yang menarik perhatian Tajria adalah cincin popular Avengers iaitu Marvel The Avengers Infinity Stones Ring yang dijual pada harga RM419. Cincin ini dilihat menawarkan binaan rangka yang bersalut emas 14k selain turut menampilkan enam kristal buatan manusia yang berwarna-warni, mewakili objek yang paling diidamkan di alam semesta.


Pada bahagian rangka dalam cincin Infinity Stones juga, ia memperlihatkan ukiran nama untuk kuasa bagi setiap batu iaitu ruang (space), realiti (reality), kuasa (power), jiwa (soul), minda (mind) dan masa (time).
Bagi produk lain pula, anda turut boleh mendapatkan:
- Marvel The Avengers Hulk Charm – RM289
- Marvel The Avengers Black Widow Dangle Charm – RM289
- Marvel The Avengers Iron Man Arc Reactor Charm – RM189
- Marvel The Avengers Iron Man Charm – RM319

Bagi anda yang berminat, ia boleh melihat pilihan tawaran aksesori menerusi laman rasmi Pandora dan mula mendapatkannya di rangkaian kedai fizikal Pandora di seluruh negara bermula hari ini.