Carian
Keropok Antara Produk Paling Banyak Dicari Di Shopee, Snek Untuk Makan Malam
March 3, 2022 Lina Rosli

Apabila buka sahaja halaman utama Shopee, anda pastinya menyaksikan ribuan barangan dan produk yang kini ditawarkan di dalam platform edagang berkenaan. Ia merangkumi barangan kelengkapan rumah, barangan dapur, keperluan perubatan dan suplemen, rangkaian produk fesyen, makanan dan banyak lagi.

Terkini, Shopee telah berkongsi beberapa tabiat pembelian pengguna di Malaysia sewaktu berbelanja di laman atas-talian berkenaan yang mana menunjukkan peningkatan untuk beberapa kategori produk seperti penjagaan fizikal diri (42%), kesejahteraan sosial (25%) dan kesejahteraan alam sekitar (26%).

Berdasarkan perkongsian Shopee lagi, untuk kategori penjagaan fizikal dan kesihatan diri, data menunjukkan orang ramai melakukan pembelian barangan melibatkan produk kecantikan diri seperti produk kosmetik dan produk penjagaan wajah.

Bukan itu sahaja, produk melibatkan masakan dan juga makanan turut menunjukkan peningkatan yang ketara untuk tahun 2021 jika dibandingkan dengan tahun 2019. Dan antara carian paling popular dalam kalangan pengguna adalah Keropok, Boba dan Granola.

Selain daripada itu, untuk carian popular melibatkan kategori lain lipstick, makeup, ballet, jewellery, clothing, carrier, comics, candle, aromatherapy dan banyak lagi.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah barangan yang paling anda kerap cari di Shopee? Jangan ketinggalan untuk mengetahui promosi menarik dan juga diskaun yang boleh anda tebus sebelum melakukan pembelian!

Komen