Carian
Sacha Inchi, Makanan Super Dari Sumber Yang Lestari
March 3, 2022 Lina Rosli

Apabila tinggal di rumah, ramai individu diliihat mula tidak mempedulikan amalan pemakanan yang sihat selain turut tidak bergerak aktif dari masa ke semasa. Lama-kelamaan tabiat ini boleh memberi kesan yang buruk kepada diri lebih-lebih lagi dari sudut kesihatan.

Menurut tinjauan dari Herbalife Nutrition Asia Pasifik, 42% individu mengakui bahawa mereka mengamalkan tabiat pemakanan yang buruk sepanjang waktu pandemik. Dan 1 dari dua 2 responden pula mengatakan bahawa beliau akan mula mengambil makanan yang lebih sihat selepas kembali aktif di luar.

Melalui perkongsian ini, kita dapat lihat bahawa kesedaran tentang cara pemilihan makanan yang sihat masih lagi rendah. Ianya perlu diperkukuhkan lagi dan merangkumi pelbagai kumpulan umur dan jantina.

Pengenalan Makanan Super Baharu Kepada Umum – Sacha Inchi

Sudah tiba masanya untuk anda mula mengenali dan mengonsumsi makanan super ke dalam sajian makanan harian.

Bagi yang tidak mengetahui, makanan super adalah makanan yang berasaskan tumbuhan, ikan serta tenusu yang dikatakan mengandungi nutrien yang pada untuk kesihatan. Antara contoh makanan super atau superfood yang popular termasuklah kobis bunga, timun, blueberry, salmon, kale dan kekacang.

Menurut American Heart Association, makanan super mengandungi pelbagai nutrien seperti antioksidan, yang dianggap dapat mencegah barah dan penyakit kronik. Mereka juga mempunyai lemak sihat yang dapat mencegah penyakit jantung. Sementara serat pula yang dikatakan untuk mencegah diabetes dan masalah pencernaan.

Terbaru, Sacha Inchi ialah salah satu makanan super yang lestari dari segi ekonomi dan sosial. Ia telahpun menerima permintaan yang tinggi di luar negara untuk nilai pemakanannya selain sudah mula berkembang selari dengan trend penggunaan makanan super.

Secara umum, Sacha Inchi mempunyai kandungan omega 20 kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan minyak ikan konvensional dan merupakan sumber Omega 3, 6, 9, dan Alpha Linolenic Acid (ALA) yang hebat.

Omega dan ALA ini penting kerana ia membentuk bahagian penting sel membran yang mengurangkan keradangan, menyokong peningkatan kesejahteraan mental dan pengurusan berat badan, serta menggalakkan perkembangan otak yang sihat untuk bayi.

Sekiranya anda ingin menggunakannya, ekstrak Sacha Inchi ini boleh digunakan dalam masakan yang mana ia boleh ditambah sebagai perasa dalam makanan atau minuman serta salad dressing. Selain itu, Sacha Inchi juga boleh digunakan untuk kegunaan luaran seperti minyak rambut dan minyak pelembab untuk kulit.

Penanaman Sacha Inchi Di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, penanaman Sacha Inchi dijangka akan membawa pulangan yang memberangsangkan untuk Malaysia pada masa hadapan. Hal ini kerana, Malaysia mempunyai tanah yang kaya dengan mineral yang sesuai untuk pengeluaran pelbagai tanaman yang akan menjadi komponen utama strategi kepelbagaian ladang.

Memandangkan Sacha Inchi adalah tanaman berbuah sepanjang tahun, ini akan memberi peluang kepada petani untuk menanam tanaman sepanjang tahun selain dapat meningkatkan hasil mereka serta membantu rantaian bekalan makanan Malaysia.

Bukan itu sahaja, menerusi pelan tindakan Pertanian Organik Pintar, pengeluaran Sacha Inchi juga turut meninggalkan jejak karbon yang rendah yang juga merupakan satu kelebihan untuk alam sekitar.

Komen