Kali ini, McDonald’s telah memperkenalkan dua minuman baharu yang pastinya membantu menghilangkan dahaga anda iaitu Ais Teh Hijau Kisar dan Latte Teh Hijau Ais Kisar.

Khusus untuk peminat teh hijau atau matcha di Malaysia, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan menu baru ini dan rasai pengalaman yang penuh dengan kehijauan bermula hari ini!

Untuk menu Latte Teh Hijau Ais Kisar, anda boleh merasai gabungan teh hijau yang sejuk dan kepahitan kopi yang lazat hanya di dalam satu minuman.

Selain itu, McDonalds’ turut menawarkan menu baharu untuk McFlurry iaitu Green Tea McFlurry yang boleh didapati untuk tempoh masa yang terhad.

Bagi yang berminat, nikmati  Ais Teh Hijau Kisar dan Latte Teh Hijau Ais Kisar di rangkaian fizikal McCafe berdekatan pada harga bemula RM13.11 secawan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan Green Tea McFlurry pada harga RM6.51 secawan.

Selain melakukan pesanan di kedai fizikal, anda juga boleh membuat pesanan melalui McDelivery, Drive Thru atau Takeaway bermula hari ini!