Bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2022, GoCar Malaysia hadir dengan sebuah kempen GOLADIES khusus untuk pemandu wanita.

Menerusi kempen ini, anda berpeluang menerima diskaun sehingga 70% ke atas semua pakej servis asas GoCar Garage sehingga 31 Mac 2022. Namun, tempoh untuk anda menebus temu janji servis adalah sehingga 30 Jun 2022 iaitu selama 3 bulan.

Sekiranya anda melakukan tempahan untuk GoCar Garage, terdapat beberapa manfaat tambahan seperti perkhidmatan ambil dan pulang GoValet, penggunaan kenderaan GoCar selama dua jam secara percuma, sanitasi dan basuh kereta secara percuma, serta pemeriksaan kenderaan komprehensif bagi membantu memastikan kereta mereka berada dalam keadaan terbaik. 

Pelanggan juga tidak perlu bimbang kerana juruteknik GoCar adalah bertauliah untuk mengendalikan apa jua jenama dan model kenderaan penumpang dengan kualiti servis seperti OEM. 

Setakat ini, kempen GOLADIES hanya boleh didapati di Lembah Klang dan kenderaan anda akan diservis di GoCar Garage Hub di Petaling Jaya. 

Apa Yang Boleh Anda Dapatkan Di GoCar Garage?

Antara servis yang ditawarkan GoCar Garage adalah termasuk:

  • Penukaran minyak enjin
  • Pemeriksaan dan penukaran bateri
  • Servis tayar
  • Membaiki dan penyelenggaraan sistem pendingin hawa, brek, sistem penyejukan enjin dan penggantiannya
  • Diagnostik elektrikal
  • Pembaikan badan dan cat

Menerusi aplikasi mudah alih GoCar, pelanggan boleh membuat dan mengesahkan temu janji servis, memilih servis yang diperlukan dan seterusnya membuat pembayaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Berikut adalah senarai harga untuk pakej servis asas:

  • Pakej Servis Mineral – Kini berharga RM30
  • Pakej Servis Semi – Kini berharga RM38
  • Pakej Servis Penuh – Kini Berharga RM60

Untuk maklumat lanjut mengenai GoCar Garage dan GoCar Malaysia, anda boleh layari laman rasmi GoCar dan sewaktu tempahan, jangan lupa untuk memasukkan kod promosi GOLADIES.