Cucian pinggan mangkuk adalah perkara yang paling tidak digemari oleh ramai pihak kerana ia bukan sahaja mengambil masa yang lama malah cukup rumit untuk memastikan ia benar-benar bersih.
Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan individu sudah mula memilih untuk menggunakan mesin cuci pinggan automatik di dapur rumah masing-masing. Namun, bukankah penggunaan mesin ini akan menjejaskan penggunaan air dir rumah sekaligus akan meningkatkan pembayaran bil utiliti?
Rupa-Rupanya, Mesin Cuci Pinggan Boleh Menjimatkan Air?
Secara umumnya, pemakaian mesin cuci pinggan dilihat dapat menjimatkan penggunaan air. Perkara ini dijelaskan berdasarkan tabiat pencucian individu.
Sekiranya anda membersihkan pinggan sambil membuka paip air sepanjang tempoh cucian, maka semestinya jumlah penggunaan air adalah tinggi. Namun, jika sebaliknya, cucian secara manual tidak begitu menggunakan banyak air.

Walau bagaimanapun, harus diingatkan juga yang mana jika anda menggunakan mesin cuci pinggan, anda perlu mengambil kira penggunaan elektrik. Untuk mesin cuci pinggan tidak cekap tenaga, pastinya akan mengakibatkan penggunaan yang tinggi sepanjang operasi.
Untuk pengetahuan anda, tempoh cucian pinggan menggunakan mesin cuci biasanya mengambil masa sekitar 10 minit untuk satu sesi dan kuasa yang digunakan bagi setiap sesi bergantung kepada produk. Namun, sekiranya anda mencari mesin cuci pinggan yang cekap tenaga, anda disarankan untuk mendapatkan produk berlabel Energy A+.
Apa yang dimaksudkan dengan label A+?
Produk dengan label A+ ini dilengkapi dengan program cucian ekonomi yang mana menggunakan kuasa (kWh) yang rendah semasa operasi untuk kitaran pencucian pinggan yang lengkap.
Bukan itu sahaja, label ini diperkenalkan oleh European Union yang mana skim pelabelan ini ditawarkan di kebanyakan perkakas termasuk mesin cuci pinggan. Nilai yang diperkenalkan pada label adalah bermula dari A hingga G yang mana label A merupakan kategori paling cekap tenaga sementara label G pula merupakan kategori paling kurang cekap tenaga.
Selain itu, label A juga dibahagikan kepada tiga kategori lagi iaitu A+, A++ dan A+++. Menerusi skim pelabelan ini, ia membantu anda mengetahui produk yang menggunakan lebih sedikit tenaga dan membantu anda mengurangkan bayaran untuk bil dan bilangan pelepasan karbon.
5 Mesin Cuci Pinggan Yang Mempunyai Label A
Bagi anda yang sedang mencari mesin cuci pinggan yang cekap tenaga, berikut adalah 5 jenama yang boleh anda pertimbangkan untuk rumah anda:
Toshiba DW-08T1
Untuk model ini, ia dilihat menawarkan binaan rak untuk meletakkan pinggan, mangkuk dan cawan anda secara fleksibel yang mana ia juga dilengkapi dengan beberapa teknologi menarik iaitu teknologi anti bakteria dan juga pembersihan kendiri automatik.
Dengan ini, anda tidak perlu risau akan pembentukan bakteria di dalam mesin dan memberikan perlindungan kesihatan yang baik untuk keluarga.
Beli – Model Toshiba DW-08T1 pada harga RM1215 di Shopee

Electrolux ESF5206LOW
Bagi anda yang mencari model yang lebih kecil, Electrolux menawarkan binaan mesin cuci pinggan yang lebih kecil di samping mempunyai teknologi pengeringan yang dikenali sebagai Air Dry Technology.
Melaluinya, ia membantu mengeringkan pinggan mangkuk dengan lebih mudah tanpa perlu membiarkan di luar rak untuk tempoh yang lama. Mesin cuci pinggan ini juga mempunyai 13 ruang untuk meletak pinggan.
Beli – Model Electrolux ESF5206LOW pada harga RM2935 di Shopee

Elba EDW-B1461
Seterusnya, anda juga boleh mempertimbangkan mesin cuci pinggan dari Elba. Ia merupakan mesin dengan label A+ yang dilengkapi 6 program cucian. Besar sedikit berbanding Electrolux, mesin ini mempunyai 14 ruang letak pinggan dan menawarkan skrin kawalan elektronik.
Beli – Model Elba EDW-B1461 pada harga RM2198 di Shopee

Toshiba-DW-14F2(BS)
Untuk anda yang mempunyai bajet yang tinggi untuk mendapatkan mesin cuci pinggan, Toshiba-DW-14F2(BS) mungkin adalah pilihan yang bertepatan dengan keperluan anda.
Membezakannya adalah mesin ini mempunyai teknologi kitaran automatik soil-sensing. Melaluinya, ia boleh memanipulasi penggunaan elektrik dan air dengan mengesan paras tanah (bawah) sewaktu mesin beroperasi. Ia turut dilengkapi dengan teknologi pengeringan Turbo yang membolehkan anda meningkatkan prestasi pengeringan sepanjang cucian.
Beli – Model Elba Toshiba-DW-14F2(BS) pada harga RM3196 di Shopee
Bosch SMS50E82EU
Cadangan yang terakhir adalah mesin cuci pinggan berjenama Bosch. Ia dilengkapi dengan teknologi ActiveWater 60 yang membolehkan anda melaraskan rak mengikut keperluan anda sekaligus membantu memberikan ruang tambahan untuk item yang besar.
Selain itu, ia juga menampilkan ciri lain seperti pengesan kapasiti dan juga pengesan air yang membantu anda menggunakan kuantiti air berdasarkan keperluan sahaja.
Beli – Model Bosch SMS50E82EU pada harga RM3238 di Shopee

Di atas adalah 5 cadangan untuk mesin cuci pinggan yang boleh anda beli bermula hari ini. Anda boleh memilih mesin yang bersesuaian untuk rumah anda berdasarkan faktor saiz, kekerapan penggunaan dan juga program cucian yang ditawarkan.