Bagi anda yang mempunyai masalah tona gelap bawah mata, nampaknya kini anda tidak perlu risau kerana SK-II kini telah memperkenalkan produk pertama yang memfokuskan masalah kulit bawah mata dalam kalangan wanita.
SK-II merupakan serum mata yang diformulakan dengan bahan yang merawat pigmentasi yang menyebabkan kekusaman bawah mata. Kekusaman ini berkemungkinan besar boleh disebabkan oleh kulit yang kasar dan kering diakibatkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari dan juga aliran darah yang tidak lancar yang berpunca dari tekanan.
Menerusi produk SK-II GenOptics Under Eye Circle, ia menampilkan teknologi baharu dalam industri kecantikan iaitu PITERA, GenOptics Aura Technology dan juga GenOptics Under Eye Dual Complex.

Untuk GenOptics Aura Technology, ia mengandungi bahan Niacinamide dan ekstrak bunga teratai yang membantu meningkatkan kecerahan kulit. Di samping itu, terdapat juga bahan seperti SodiumLactate, Xylitol & Trehalose yang baik dalam mengekalkan hidrasi dalam kulit selain menghasilkan kulit yang lebih halus dan gebu.

Bagi anda yang ingin mencubanya, anda boleh mendapatkan SK-II GenOptics Under Eye Circle pada harga RM670. Kunjungi ke rangkaian butik kecantikan SK-II atau anda boleh dapatkan di kedai atas-talian yang terpilih bermula hari ini.