Carian
Joyami By Tokit Menampilkan Periuk Nasi Pintar, Dapur Masakan Pintar – Untuk Dapur Anda
March 8, 2022 Lina Rosli

Selari dengan perkembangan teknologi semasa, nampaknya pelbagai kelengakapan harian telah mula ditawarkan dalam bentuk yang lebih mudah untuk digunakan. Ia termasuk dengan penawaran produk dapur untuk rumah yang kini telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan individu di Malaysia.

Untuk tidak ketinggalan, Joyami By Tokit kini mula menawarkan produk mereka secara rasmi untuk pasaran tempatan. Bagi anda yang tertanya-tanya apakah itu Joyami, ia sebenarnya merupakan singkatan kepada Enjoy (Joy) Yummy (Yami). Sementara Tokit pula merujuk kepada To Kitchen.

Bagi memastikan semua aktiviti di dapur menjadi lebih pantas dan konvinien, Joyami telah memperkenalkan 4 barisan produk utama yang boleh anda dapatkan menerusi rangkaian kedai fizikal terpilih dan juga kedai atas-talian Joyami di Shopee.

Berikut adalah produk yang dilancarkan oleh Joyami By Tokit:

Joyami Smart Rice Cooker S1/L1

Membawakan rekaan yang cukup minimalis dan moden, Joyami Smart Rice Cooker memfokuskan kepada produk kompak yang bersesuaian dengan keperluan generasi muda masa kini. Tidak hanya menampilkan rekaan yang menarik, periuk nasi ini juga mempunyai teknologi baharu yang menjadikan pengendalian masakan lebih baik berbanding periuk nasi konvensional di pasaran.

Antara ciri menarik termasuklah:

  • Ciri multi-masakan yang membolehkan anda memasak variasi jenis hidangan seperti nasi, lauk pauk seperti sup, oden, rendang dan sebagainya.
  • Self-Defined Mode yang berupaya beradaptasi dan mengawal suhu dan tempoh masakan mengikut kesesuaian.

Bagi yang berminat, Joyami Smart Rice Cooker boleh didapati dalam dua saiz berbeza iaitu Joyami Smart Rice Cooker S1 sebesar 0.8L dan Joyami Smart Rice Cooker L1 pula berkapasiti 1.6L. Harga yang ditawarkan untuk produk ini adalah bermula RM299 sebuah.

Joyami Smart Multi Cooker Dan Multi-Purpose Chef’s Pan

Untuk produk Smart Multi Cooker pula, ia dilengkapi dengan teknologi pemanasan yang seakan dapur masakan biasa yang mana mempunyai 99 kawalan suhu berbeza.

Perkara yang menjadikan produk ini berbeza adalah pengenalan ciri Sous Vide yang mana anda boleh memasak hidangan pada suhu rendah tetapi pada masa yang lama (slow cook). Untuk penyediaan hidangan juga, tidak hanya memfokuskan kepada penyediaan hidangan biasa, anda turut boleh menetapkan program Smart Multi Cooker untuk memanaskan susu, kopi dan sebagainya.

Melengkap aktiviti masakan anda adalah Joyami Multi-Purpose Chef’s Pan yang hadir dengan binaan yang selamat untuk bayi dan anak-anak kecil. Dengan ini, anda tidak perlu risau akan kesan penggunaan produk dari Joyami untuk jangka masa panjang.

Bagi yang berminat, Joyami Smart Multi Cooker boleh didapati pada harga RM399 sebuah manakala Joyami Multi-Purpose Chef’s Pan pada harga RM109 sebuah.

Joyami Transparent Electric Kettle

Akhir sekali, produk yang diperkenalkan adalah cerek air elektrik yang dikenali sebagai Joyami Transparent Electric Kettle.

Menampilkan binaan lutsinar yang serba ringkas, pastinya ramai penggemar barangan moden tidak mahu ketinggalan dalam mendapatkan cerek air dari Joyami ini. Ia hadir dengan saiz sebesar 1.5L dan turut menampilkan lapisan binaan yang kukuh dan selamat untuk penyediaan air.

Untuk Joyami Transparent Electric Kettle, ia ditawarkan pada harga RM129 sebuah.

Mengenai Joyami lagi, kesemua produk yang dipasarkan kepada umum adalah menggunakan cip yang tersendiri iaitu Chunmi selain turut dilengkapi dengan teknologi CookingIoT yang berkemampuan memberikan prestasi yang cukup memuaskan sepanjang penggunaan. Di samping itu, keseluruhan ekosistem ketiga-tiga produk ini telahpun dipadankan dengan gaya hidup penduduk tempatan termasuk penawaran kandungan resipi masakan.

Untuk mula menggunakan Smart Rice Cooker dan Smart Multi Cooker, anda boleh mula memuat turun aplikasi Mi Home bermula hari ini!

Komen