Ditubuhkan pada tahun 1994, Baker’s Cottage kini mula memperluaskan operasi mereka untuk pasaran tempatan.

Berdasarkan perkongsian di laman rasmi mereka, Baker’s Cottage sudah mempunyai sekitar 184 cawangan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kedah, Penang dan Johor.

Bermula sebagai kedai roti, Baker’s Cottage telah mencatatkan kejayaan besar iaitu menjadi pengeluar kuih bulan terbesar di Malaysia. Bukan itu sahaja, jenama ini turut dikenali sebagai pengeksport kuih bulan yang semakin berkembang.

Selain kek, pastri dan kuih bulan, antara menu yang menjadi pilihan orang ramai adalah ayam panggang. Menurut Baker’s Cottage, ayam yang disajikan kepada pelanggan merupakan hasil dari ladang ayam mereka sendiri. Oleh sebab itu, jenama ini dikatakan dapat menghidangkan ayam panggang pada harga yang berbaloi iaitu RM14.99 seekor.

Tidak sekadar itu, Baker’s Cottage juga mula hadir dengan set kombo lengkap yang sesuai dihidangkan untuk 3 hingga 4 orang. Di dalam set kombo ini, anda boleh mendapatkan 1 ekor ayam panggang BBQ bersama 2 pinggan nasi, 2 potong kek pelbagai pilihan dan juga 4 ketul Macau Egg Tart pada harga hanya RM39.99 sahaja.

Selari dengan perkembangan permintaan juga, Baker’s Cottage tampil dalam memperkenalkan konsep baharu untuk kedai fizikal mereka yang mana ia menawarkan ruang pelanggan yang lebih selesa dan susun atur kedai yang lebih minimalis.

Bagi anda yang berminat untuk menikmati set kombo berbaloi ini, anda boleh mengunjungi ke outlet pilihan anda untuk membuat pembelian bermula hari ini.