Carian
UNIQLO Tawar Servis Click & Collect Secara Percuma – Tiada Caj Dikenakan Walau Beli Satu Barang
March 9, 2022 Lina Rosli

Sudah menjadi satu keperluan untuk kebanyakan jenama menawarkan akses pembelian barangan yang mudah kepada pelanggan. Kemudahan ini merangkumi servis Click & Collect yang mana anda boleh melakukan pesanan terus pada aplikasi dan memilih untuk mengambil barang di rangkaian UNIQLO berdekatan anda.

Sekiranya anda menggunakan servis Click & Collect ini, anda tidak perlu risau akan jumlah pesanan yang ingin dilakukan kerana UNIQLO tidak menetapkan had minima untuk kuantiti pembelian selain turut tidak mengenakan sebarang caj untuk setiap pesanan.

Bagaimana Anda Boleh Memilih Click & Collect Sewaktu Melakukan Pesanan?

Berikut adalah cara untuk melakukan pembelian barangan UNIQLO menggunakan aplikasi:

  1. Muat turun aplikasi UNIQLO melalui kedai atas-talian App Store dan Play Store.
  2. Kemudian, daftar akaun anda untuk mula menerokai promosi dan diskaun yang ditawarkan melalui aplikasi.
  3. Pilih item atau barangan yang ingin dibeli dan masukkan ke dalam bakul.
  4. Klik butang Checkout setelah selesai mendapatkan item yang digemari dan pilih penghantaran Click & Collect.
  5. Untuk servis Click & Collect, anda boleh menetapkan lokasi yang ingin anda kunjungi.
  6. Seterusnya, pembayaran boleh dilakukan sama ada menerusi transaksi kad debit atau kredit ataupun and ingin membayarnya di kaunter kedai (Pay in Store).
  7. Akhir sekali, barang anda sedia untuk diambil selepas 3 hingga 7 hari bekerja.

Bagi anda yang Pay in Store, anda perlu memastikan anda mengunjungi ke rangkaian yang dipilih dalam durasi dua jam setelah anda melakukan pesanan. Sekiranya anda gagal untuk melakukan pembayaran dalam tempoh tersebut, pesanan yang dilakukan akan dibatalkan secara automatik.

Jika anda berminat untuk menggunakan servis penghantaran terus ke rumah, caj penghantaran bernilai RM20 akan dikenakan ke atas pembelian yang dilakukan.

Bolehkah Anda Menggunakan Servis Click & Collect Jika Telah Berada Di Kedai?

Jawapannya, ya boleh.

Sekiranya anda telah berada di rangkaian UNIQLO untuk berbelanja, anda juga boleh menggunakan servis ini sebagai jaminan ketersediaan produk tersebut di kedai selain menikmati promosi eksklusif yand ditawarkan melalui aplikasi.

Apa yang perlu anda lakukan adalah sama seperti pembelian di luar kedai. Cuma, anda perlu memastikan bahawa lokasi kedai adalah sama dengan lokasi kedai yang dipilih di dalam aplikasi bagi memudahkan proses pengambilan dan pembayaran.

Komen