Carian
Honda Perkenalkan 2 Warna Baharu Untuk Model City Dan Accord – Gantikan Warna Sedia Ada
March 9, 2022 Lina Rosli

Untuk tahun 2022 ini, nampaknya Honda Malaysia telah memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model Honda City dan Honda Accord.

Pengenalan warna ini adalah bagi menggantikan dua warna sedia ada bagi kedua-dua model tersebut, iaitu Modern Steel Metallic dan Passion Red Pearl.

Berdasarkan perkongsian Honda Malaysia, kedua-dua warna yang ditawarkan ini merupakan pilihan warna yang lebih menarik yang mana sebelum ini ia telahpun digunakan pada model kereta City Hatchback. Melalui pengenalan ini, ia sedikit sebanyak bantu mengembangkan pilihan warna baharu untuk barisan model kenderaan Honda yang lain

Berikut adalah warna baharu yang telah diperkenalkan, iaitu:

  • Ignite Red Metallic menggantikan Passion Red Pearl
  • Meteoroid Grey Metallic menggantikan Modern Steel Metallic

Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan warna baharu City dan Accord, pelanggan boleh mengunjungi rangkaian pengedar sah Honda yang berdekatan anda di seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020.

Komen