Meluangkan masa terlalu lama untuk mengemas rumah bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi, jika anda telah menghabiskan masa seharian bekerja ataupun mempunyai anak dan juga haiwan perliharaan yang perlu diuruskan setiap hari.

Namun, sekiranya rumah tidak dibersihkan dengan kerap, pastinya ia boleh menimbulkan isu yang lebih rumit. Akan ada lambakan habuk di permaidani, rambut dan bulu bertaburan di atas perabot dan lantai dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda mendapatkan produk yang memenuhi segala keperluan rumah anda. Antaranya adalah Panasonic Cordless Stick Vacuum yang mana ia menawarkan kemudahan untuk anda mendapatkan lantai bebas rambut dan permaidani bebas habuk.

Untuk alat pembersih terbaru daripada Panasonic ini, ia tersedia dalam tiga varian yang berbeza iaitu:

  • MC-SB85 – Sesuai untuk kegunaan untuk rutin pembersihan harian. Selari dengan fokus untuk memudahkan pembersihan, vakuum ini hadir dengan berat hanya 2.0kg. Ia juga mudah dikendalikan dan boleh membersihkan kawasan tinggi.
  • MC-SB30 – Dengan berat 1.6kg, ialah adalah vakum versi ringkas yang berfungsi dengan sangat baik di ruang tinggi dan sempit, menghilangkan ketegangan pembersihan tangga dan bawah perabot. Ia juga didatangkan dengan berus unik berbentuk V yang cekap mengumpul habuk.
  • MC-SBV01 – Untuk digunakan bagi tugas yang lebih berat, versi ini dilengkapi muncung kuasanya yang digerakkan sendiri untuk pembersihan yang lebih pantas dan mempunyai lampu LED yang dipasang padanya untuk membimbing pengguna mengosongkan setiap habuk di kawasan yang sukar dilihat.

Bantu Selesaikan Isu Rambut Dan Habuk Bertaburan Di Lantai

Rambut ialah isu terbesar dalam hal pembersihan. Tidak sampai seminit anda membersihkan lantai, pasti akan ada rambut lain yang muncul kembali di tempat yang sama.

Apa yang menambah masalah lagi, kadangkala anda mungkin mengalami situasi yang mana rambut sukar untuk dibersihkan di permandani.

Dengan kehadiran Panasonic Tangle-Free Hair Cordless Stick Vacuum, ia dikatakan dapat bantu anda menyelesaikan isu ini melalui penawaran kuasa sedutan yang berkemampuan tinggi. Menurut Panasonic, ia adalah teknologi baharu yang dibangunkan dan direka khusus untuk penggunaan di rumah dan pejabat.

Ia menampilkan berus berbentuk kon yang berupaya untuk mengumpul dan memindahkan rambut ke bahagian tengah kepala vakum yang lebih nipis sebelum ia disedut ke dalam ruang pengumpulan habuk. Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan nozel kuasa bebas kusut yang disaluti dengan plat ion yang menggandakan tugas membuang bakteria dari lantai untuk kebersihan tambahan.

Melengkapkannya adalah kemudahan binaan nirwayar dan juga sensor habuk yang terbina khas untuk mengesan dan melaraskan kuasa sedutan mengikut jumlah habuk yang dikesan. Hasilnya, anda tidak perlu risau akan penggunaan tenaga bagi setiap sesi pembersihan.

Dari segi masa penggunaan pula, alat pembersih habuk ini boleh bertahan sehingga 85 minit. Jadinya, anda mempunyai cukup masa untuk membersihkan keseluruhan rumah.

Bagi anda yang berminat, kunjungi ke rangkaian pengedar sah Panasonic atau layari laman rasmi mereka bermula hari ini.

Harga jualan adalah seperti berikut: