Baru-baru ini, Majlis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022-2024 telah diadakan di DoubleTree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur, pada 7 Mac 2022.

Menerusi majlis ini, sebanyak 29 perniagaan pelancongan dan pihak berkepentingan di rantau ini telah menerima Anugerah Standard Pelancongan ASEAN di peringkat Kebangsaan.

Untuk pengetahuan anda, pengiktirafan ini adalah selaras dengan Pelan Pelancongan Strategik ASEAN 2016-2025 yang juga merupakan standard bagi semua pemain industri pelancongan serantau untuk digunakan sebagai panduan dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan cemerlang kepada pelancong.

Apa yang menarik perhatian Tajria sepanjang majlis ini adalah pengumuman untuk 10 bandar terbersih di Malaysia yang telah memenangi Anugerah Pelancongan ASEAN 2022 di peringkat ASEAN dan kebangsaan.

Berikut adalah senarai penerima anugerah:

Standard Bandar Pelancongan Bersih ASEAN Peringkat Kebangsaan (2022-2024)

  • Perbadanan Putrajaya (WP Putrajaya)
  • Majlis Bandaraya Kuantan (Pahang)
  • Majlis Lapangan Terbang Kuala Terengganu (Terengganu)
  • Majlis Bandaraya Kuching Selatan (Sarawak)
  • Majlis Bandaraya Miri (Sarawak)
  • Majlis Lapangan Terbang Kuching Utara (Sarawak)
  • Majlis Perbandaran Sibu (Sarawak)

Standard Bandar Pelancongan Bersih ASEAN Peringkat ASEAN (2022-2024)

  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (Pulau Pinang)
  • Majlis Perbandaran Muar (Johor)
  • Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (Kedah)

Bagi setiap bandar yang telah diiktiraf sebagai bandar terbersih di peringkat ASEAN dan juga kebangsaan, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan anda juga, Muar juga sebelum ini telah dinobatkan sebagai bandar bersih dalam Malaysia pada 2016, 2018 dan juga 2020.

Antara faktor yang menjadikan bandar ini merangkul anugerah secara ini secara konsisten termasuklah kerja pembersihan secara berkala oleh peniaga, pekerja dan juga komuniti setempat. Selain turut, mendapat kerjasama dari ramai pihak dalam memastikan segala sampah sarap dilupuskan mengikut kategori yang ditetapkan.

Selain Anugerah Standard Bandar Pelancongan Bersih ASEAN, terdapat beberapa anugerah lain yang diumumkan seperti Standard Hotel Hijau ASEAN, Standard Pelancongan Lestari ASEAN, dan banyak lagi.

Sumber: MOTAC