Selain daripada perisa kari, tomyam, ayam dan lain-lain, kini Maggi telah memperluaskan variasi hidangan mereka dengan menambah pilihan rasa yang lebih moden iaitu Aglio Olio dan Tomato Delight.

Membezakan dengan hidangan yang lain, ia menawarkan penggunaan mi segera yang diperbuat daripada mi bijirin penuh yang dibakar. Penawaran mi jenis ini bertujuan untuk membekalkan nutrien yang baik kepada pengguna yang menampilkan kandungan karbohidrat kompleks, protein, serat, zat besi, magnesium dan zink.

Untuk pengetahuan anda juga, Maggi Nutri-Licious Aglio Olio dan Tomato Delight kini diperakui oleh Logo Heathier Choice (HCL2.0) yang mana hidangan ini diperkaya dengan Vitamin B6, protein dan sumber serat. Dengan kehadiran nutrien ini, ia sekaligus memberikan anda pilihan mi yang berkhasiat untuk hidangan makan tengahari mahupun makan malam.

Bercerita lanjut mengenai Maggi Nutri-Licious Aglio Olio, ia merupakan inspirasi kepada resipi tradisional Aglio Olio dengan rasa minyak bawang putih aromatik yang sedap dan mudah disediakan. Manakala, Maggi Nutri-Licious Tomato Delight pula diinspirasikan daripada perisa pasta Itali, dalam bentuk pes tomato masam manis yang menyelerakan yang melengkapkan rasa lazat mi bijirin penuh.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan kedua-dua hidangan ini di kedai atas-talian Shopee Supermarket bermula hari ini!