Bagi yang tidak mengetahui, FamilyMart Mini ini adalah kiosk pintar yang menawarkan produk makanan dan minuman yang sama seperti ditawarkan di kedai serbaneka berkenaan.

Antara makanan dan minuman yang boleh anda dapatkan di FamilyMart Mini termasuklah Onigiri, roti sandwic, pemanis mulut dan juga beberapa jenis minuman buah-buahan, teh dan juga kopi.

Sekiranya anda ingin mendapatkan keperluan anda di FamilyMart Mini, anda boleh melakukan pembayaran sama ada menggunakan dompet digital seperti Touch ‘n Go eWallet, Boost, GrabPay dan juga Maybank QRPay ataupun melalui transaksi kad debit dan juga kad kredit.

Berikut adalah senarai lokasi FamilyMart Mini yang boleh anda kunjungi di Lembah Klang:

  • Menara HSC
  • R&R Rawang NB
  • Shell MRR2 Ampang
  • Shell Karak Highway 2
  • Shell Taman Connaught
  • Shell R&R USJ
  • Shell Setia Alam
  • Shell Federal Highway
  • Shell Tun Razak
  • Shell Bukit Jalil
  • Shell Subang SS15
  • Shell Cheras Perdana
  • Shell Mint Hotel
  • Shell Kota Damansara Seksyen 6

Setakat ini, terdapat hanya 14 lokasi di sekitar Lembah Klang. a akan dibuka secara berperingkat di kawasan lain di seluruh Malaysia pada masa kelak. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mula mencubanya.