Jika anda mencari jam dengan gerakan quartz serta rekaan yang minimalis, Daniel Wellington adalah pilihan yang baik. Rekaan untuk jam ini sesuai untuk wanita yang ingin mengekalkan ciri kewanitaan, namun ingin tampil elegan dan santai dalam satu masa.

Tidak sekadar itu, jam ini juga menampilkan penggunaan tali jam tangan yang boleh ditukar ganti. Jadinya ia sesuai jika anda ingin memadankan jam tangan mengikut gaya atau suasana hati yang ingin dipersembahkan.

Untuk menukarnya, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda panduan menukar tali jam tangan Daniel Wellington yang boleh anda praktikkan.

Bagaimana Cara Menukar Tali Jam Daniel Wellington?

Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan alat tukar yang bersesuaian. Anda boleh menggunakan pemutar skru kecil yang boleh menukar atau melaraskan skru di bahagian tali jam anda.

Apabila telah jumpa alat laras jam yang bersesuaian, gunakan bahagian hujung alat yang kecil atau halus untuk menolak bar spring melalui lubang dari sisi lug. Apabila ditolak, bar spring akan longgar dari lubang dan boleh ditanggalkan dengan mudah dari lug yang lain.

Apa itu lug? Lug ialah tempat tali jam tangan atau lebih mudah lagi jalur atau gelang yang dipasang pada bekas jam tangan.

Seterusnya, jika tali telah longgar, anda boleh tanggalkan tali dari jam tangan dan tanggalkan bar spring dari dalam tali. Gunakan bar yang sama untuk memasang tali jam yang baharu.

Untuk memasang tali yang baharu, anda perlu letakkan satu hujung bar spring di dalam lubang di dalam satu lug dan tolak hujung yang satu lagi ke dalam lubang dalam lug kedua untuk memasang tali.

Kemudian, pisahkan tali jam tersebut kepada dua bahagian iaitu panjang dan pendek. Tarik bahagian tali yang lebih panjang ke atas melalui gelung logam.

Pastikan anda mulakan dari bahagian atas jam tangan dan masukkan bahagian panjang tali dari hadapan jam tangan ke belakang melalui bukaan antara jam tangan dan bar spring.

Bagi melihat gambaran yang lebih jelas, di bawah adalah tutorial menukar tali jam yang boleh anda ikuti.