Baru-baru ini, Hanis Zalikha telah memperkenalkan jenama makanan sedia makan iaitu Love Masak yang menampilkan hidangan tempatan iaitu Sambal Sardin Pedas dan juga Ayam Kurma.

Menerusi hidangan ini, anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan makanan. Hal ini kerana, ia telah siap dimasak dan hanya perlu dipanaskan sama ada menggunakan air panas atau dipanaskan semula di atas periuk atau kuali.

Selain itu, anda juga boleh memasaknya juga di dalam ketuhar gelombang mikro yang mana hanya tetapkan pemasa selama 3 hingga 5 minit sebelum dimakan bersama nasi atau mi yang anda gemari.

Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke kedai atas-talian Shopee Love Masak bermula hari ini. Bagi hidangan Sambal Sardin Pedas ia ditawarkan pada harga RM30 sepaket sementara Ayam Kurma pula ditawarkan RM26 sepaket.