Tahukah anda kira-kira 3 juta daripada 11 juta individu yang mengalami komplikasi kesihatan di dunia adalah berpunca daripada pengambilan garam yang tinggi di dalam diet?
Apa yang dimaksudkan dengan pengambilan garam yang tinggi di dalam diet? Untuk pengetahuan anda, garam atau sodium boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Selain garam masakan iaitu natrium klorida, garam juga boleh didapati dalam bahan pengawet dalam bentuk sodium nitrat dan sodium benzoat.
Ia termasuk:
- marjerin
- jeruk
- jeli
- mee kuning
- kicap
- jem
- cili boh
- minuman ringan
Oleh sebab itu, jika anda mengonsumsi makanan yang menggunakan bahan di atas terlalu kerap, maka anda berisiko untuk mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.
Bukan itu sahaja, pengambilan garam berlebihan dalam badan juga boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang.

Mengulas lebih lanjut mengenai tabiat pengambilan makanan ringan lagi, tahukah anda bahawa penyumbang utama kepada kuantiti garam yang tinggi sebenarnya adalah menerusi pengambilan makanan yang diproses ultra atau ultra processed food? Makanan yang dimaksudkan adalah sosej, kentang goreng, mi segera, makanan di dalam tin, kerepek, keropok dan banyak lagi.
Kesemua makanan yang diproses ultra mengandungi kandungan garam yang tersembunyi. Disebabkan garam tersembunyi tidak memberi rasa masin, kebanyakan orang cenderung untuk mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang banyak.