Baru-baru ini, McDonald’s telah memperkenalkan lintasan pejalan kaki yang unik di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur yang berdekatan dengan Restoran McDonald’s Bukit Bintang. Ia merupakan restoran McDonald’s yang pertama di Malaysia dan telah dibuka sejak tahun 1982 yang kini sudah berusia 40 tahun sejak pengenalannya.

Lintasan pejalan kaki dengan rekaan seperti kentang goreng yang disusun di atas jalan atau lebih dikenali sebagai McDonald’s Fries Crosswalk ini diperkenalkan bertujuan untuk menjadi tempat tarikan umum. Ia bagi menggalakkan pelancong tempatan dan juga global untuk hadir dan menerokai pelbagai kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, menjadi kegemaran ramai individu lebih-lebih lagi generasi muda masa kini, lokasi insta-worthy McDonald’s Fries Crosswalk juga pastinya akan memasuki di dalam senarai untuk bergambar.

Usah risau, anda boleh mengakses lintasan ini dengan mudah kerana ia terletak berdekatan dengan perkhidmatan pengangkutan awam, iaitu MRT Bukit Bintang dan juga Monorel Bukit Bintang. Maka, anda boleh mengunjungi pada bila-bila masa sama ada pada hari bekerja ataupun hujung minggu bersama keluarga.

Untuk pengetahuan anda juga, McDonald’s dijangka akan memperluaskan rangkaian penawaran mereka ke seluruh negara dengan menambah kira-kira 300 buah restoran menjelang tahun 2026. Bukan itu sahaja, selari dengan penambahan rangkaian ini juga, ia dilihat turut akan membantu membuka sehingga 15,000 peluang pekerjaan kepada individu.