Starbucks hadir dengan kerjasama bersama jenama fesyen mewah yang berpangkalan di New York iaitu Kate Spade New York.
Melalui kerjasama ini, Starbucks X Kate Spade menampilkan barangan edisi terhad yang unik di seluruh Asia. Koleksi ini hadri dengan empat reka bentuk yang diinspirasikan oleh gaya hidup di Kota New York City.

Koleksi ini membawakan variasi produk yang digunakan dalam kehiduapan seharian seperti gelas minuman, gelas keluli tahan karat, cawan, botol air plastik yang diinspirasikan kelalang dan aksesori fesyen lain iaitu tag bagasi, beg jinjing, payung, pouch dan banyak lagi.
Koleksi baharu ini menggabungkan kepercayaan bersama kedua-dua jenama dalam mencipta detik perhubungan yang bermakna sekaligus mampu mencetuskan kegembiraan dan menceriakan setiap hari pengguna.
Oleh sebab itu, pemilihan elemen pada koleksi ini adalah bersesuaian dengan misi yang ingin dicapai. Antara elemen yang ada termasuklah rekaan titik berwarna-warni serta jalur dua warna yang merupakan signature istimewa untuk jenama Kate Spade.
Bagi yang berminat, koleksi Starbucks X Kate Spade ini tersedia secara eksklusif mulai 15 Mac 2022 di kedai Starbucks terpilih di seluruh rantau Asia Pasifik, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Hong Kong, India, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, New Zealand dan Australia.