Carian
Tealive Pink Guava, Nikmati Topping Jeli Roselle Yang Kaya Dengan Vitamin
March 16, 2022 Lina Rosli

Bagi peminat minuman Tealive, jenama minuman teh mutiara ini telah melancarkan siri minuman baharu iaitu Tealive Pink Guava Milkshake dan Sparkling Pink Guava Tea.

Berbeza dengan pilihan minuman yang lain, siri kali ini menampilkan toppings jeli baharu yang diperbuat daripada bunga roselle. Ia dipadankan sekali dengan air berperisa jambu batu merah yang boleh dinikmati dalam pilihan milkshake atau dicampurkan bersama air sparkling.

Bagi anda yang menggemari buah jambu batu merah ini, maka jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal mencuba menu terbaru daripada Tealive. Kongsikan pengalaman mencuba Tealive Pink Guava Milkshake dan Sparkling Pink Guava Tea anda bersama pembaca Tajria bermula hari ini.

Untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pesanan di rangkaian fizikal Tealive berdekatan atau layari aplikasi Shopee Food, GrabFood dan juga FoodPanda.

Komen