Carian
Penang Asam Laksa Di Tangga Ke-7 Dalam Senarai 50 Makanan Terbaik Dunia CNN – Nikmatinya Di MyLaksa
March 16, 2022 Lina Rosli

MyLaksa merupakan rangkaian restoran yang menyajikan hidangan kegemaran rakyat Malaysia dari iaitu Penang Asam Laksa yang lazat. 

Menawarkan hidangan yang disediakan menggunakan resipi turun temurun, MyLaksa membawakan rasa asam laksa yang cukup lengkap dengan pelbagai rasa termasuk pedas dan masam yang mana ia merupakan hasil daripada campuran rempah ratus dan bahan penambah rasa.

Menurut MyLaksa, hidangan Penang Asam Laksa mereka menggunakan potongan ikan tenggiri yang segar, hae kor, asam gelugor dan bunga kantan asli tempatan. Maka tidak hairanlah gabungan kesemua bahan ini menyumbang kepada rasa unik Penang Asam Laksa.

Untuk pengetahuan anda, Penang Asam Laksa ini sebenarnya bukan sahaja digemari oleh rakyat Malaysia tetapi ianya juga terkenal di peringkat antarabangsa. Malah, ia berjaya menduduki tempat ke-7 dalam senarai 50 makanan Terbaik Dunia CNN.

Bagi anda yang tidak pernah mencuba MyLaksa Penang Asam Laksa, untuk setiap mangkuk, ia menyajikan kuah asam laksa khas yang mempunyai gabungan rasa aromatik yang sempurna. Ia juga dilengkapi dengan mi beras putih dengan tekstur yang kenyal dan memuaskan. Menyempurnakan rasa hidangan adalah bawang merah yang dihiris, hirisan timun rangup, daun salad segar, taburan hirisan cili merah dan hijau serta daun pudina.

Kunjungi ke MyLaksa hari ini dan tiga pilihan Penang Asam Laksa iaitu Asam Laksa KAW KAW, Asam Laksa KAW KAW Special dan Asam Laksa Royal.

Selain itu juga, MyLaksa turut menawarkan pelbagai hidangan lain seperti Choco Berry Frostee dan beberapa jenis pencuci mulut yang sejuk dan manis bagi menghilangkan rasa pedas selepas menikmati semangkuk Asam Laksa.

Sehingga ke hari ini, MyLaksa telahpun menghidangkan lebih daripada 5 juta mangkuk Penang Asam Laksa di 16 cawangan mereka di 8 negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai menu MyLaksa dan lokasi kedai, anda boleh layari laman rasmi MyLaksa Asia.

Komen