Sebelum ini, Bell & Ross dilihat telah memperluaskan jejaknya di Malaysia dengan membuka dua butik baharu di Lembah Klang. Melaluinya, ia memudahkan orang ramai untuk mengakses dan menerokai pelbagai pilihan jam tangan yang digemari.
Terbaru, jenama ini telah memperkenalkan model jam tangan baharu yang dinamakan BR 03-92 Diver White. Ia menampilkan rekaan yang diinspirasikan daripada dunia air beku. Dailnya dihiasi dengan warna putih yang juga merupakan warna yang jarang ditemui untuk kebanyakan jam tangan keluaran Bell & Ross.
Sesuai untuk anda yang meminati elemen yang bersih dan minimal, jam tangan BR 03-92 Diver White dilengkapi dengan tali getah hitam yang sesuai untuk kegunaan dalam air. Ia juga turut membawakan sekali kotak jam kalis air yang tidak boleh dihancurkan.
Dari segi binaan pula, BR 03-92 Diver White menampilkan spesifikasi jam tangan yang memfoukuskan kepada penyelaman yang mana ia dikatakan mematuhi piawaian ISO 6425. Jadinya, anda tidak perlu risau akan keselamatn penggunaannya di sepanjang aktiviti.
Berdasarkan perkongsian tanda harga untuk jam ini di laman rasmi Bell & Ross, model jam tangan BR 03-92 Diver White dijual pada harga RM16,300 seutas.
Bagi yang tidak mengetahui, Bell & Ross diasaskan oleh Bruno Belamich dan Carlos A. Rosillo pada tahun 1993. Ia merupakan jenama jam tangan mewah dari Swiss yang baharu.