Carian
Bagaimana Cara Lakukan Pembayaran Isian Minyak Menggunakan RFID Fuelling Di Shell?
March 21, 2022 Lina Rosli

RFID Fuelling atau isian minyak menggunakan RFID telah diperkenalkan sejak pertengahan 2021 yang lalu yang mana sebelum ini ianya terhad untuk ujian pengguna terpilih sahaja.

Kini nampaknya, sistem pembayaran menggunakan RFID ini sudah sedia untuk digunakan oleh semua pengguna TNG RFID di sekitar Lembah Klang.

Bagi yang tidak mengetahui, RFID Fuelling merupakan alternatif pembayaran lain yang ditawarkan oleh pihak stesen minyak selain daripada pembayaran menggunakan wang tunai, kad debit dan juga kad kredit.

Menerusi RFID Fuelling juga, anda boleh melakukan transaksi secara nirtunai yang mana jumlah pembayaran akan untuk mengisi minyak akan ditolak secara automatik daripada Touch ‘n Go eWallet. Mudah bukan? Anda tidak perlu membawa kad ataupun telefon bimbit untuk meneruskan pengisian minyak.

Bagaimana Cara Lakukan Pembayaran Isian Minyak Menggunakan RFID Fuelling Di Shell?

Berikut adalah langkah menggunakan RFID Fuelling sewaktu isian minyak:

  1. Muat-turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di App Store atau Play Store.
  2. Aktifkan ciri RFID Fuelling dengan hanya klik ikon Shell > Activate Fuelling.
  3. Tetapkan amaun pengisian yang anda inginkan dan masukkan nombor kad BonusLink untuk jana mata ganjaran.
  4. Amaun pengisian yang ditetapkan adalah amaun yang akan ditolak setiap kali anda melakukan pengisian di stesen minyak.
  5. Selepas selesai menetapkan maklumat yang diperlukan, anda boleh kunjungi ke stesen minyak Shell terpilih untuk melakukan pengisian.
  6. Pastikan anda parkir di ruang isi minyak dengan betul bagi memudahkan sensor pembaca RFID mengenalpasti kenderaan anda.

Harus diingatkan juga, anda perlu mengaktifkan RFID Fuelling bagi setiap kereta yang disenaraikan di bawah TNG RFID yang sama sebelum mula melakukan isian minyak. Ia bagi memudahkan pam yang tersedia mengesan kenderaan yang boleh menggunakan ciri ini.

Sekiranya anda tidak lagi ingin menggunakan kaedah pembayaran ini, anda boleh menghentikan penggunaan ciri RFID Fuelling dengan memilih untuk Stop Using pada setiap kereta yang aktif.

Komen