Khusus untuk penggemar hidangan yogurt segar dan sihat, nampaknya kini anda sudah boleh mula mengunjungi ke cawangan pertama II.Ia.Io Malaysia di Ampang, Kuala Lumpur.

Sama seperti kebanyakan kafe yogurt yang sedia ada di pasaran, II.Ia.Io dilihat menawarkan variasi pilihan toppings yang merangkumi buah-buahan, kekacang, biskut hancur, jem dan banyak lagi. Jadinya, anda boleh memilih mana-mana pilihan rasa kegemaran anda untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Berdasarkan perkongsian di Facebook rasmi mereka, II.Ia.Io hadir dengan promosi istimewa kepada pelanggan mereka iaitu tawaran diskaun sehingga 50% untuk setiap pembelian yang dilakukan di kedai berkenaan. Namun, ianya sah dari jam 11 pagi sehingga 3 petang sahaja.

Berminat untuk mencuba? Anda boleh kunjungi ke II.Ia.Io Malaysia bermula hari ini bermula jam 11 pagi sehingga 10 malam.

Alamat: 17, Jalan Mamanda 7/1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor.