Bagi anda yang menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, berikut adalah Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang yang perlu anda ketahui untuk kelancaran sepanjang penggunaan.

Terdapat sekitar 13 laluan yang mula dibuka kepada pengguna yang merangkumi laluan MRT, LRT, KTM, BRT, ERL dan Monorel.

  • KTM Laluan Batu Caves – Pulau Sebang
  • KTM Laluan Tanjung Malim – Perlabuhan Klang
  • LRT Laluan Ampang
  • LRT Laluan Sri Petaling
  • LRT Laluan Kelana Jaya
  • ERL Laluan KLIA Express
  • ERL Laluan KLIA Transit
  • Monorel Kuala Lumpur
  • MRT Laluan Kajang
  • KTM Laluan KL Sentral – Skypark Terminal
  • LRT Laluan Shah Alam (Akan datang)
  • MRT Laluan Putrajaya (Masih lagi di fasa ujian dan belum dibuka kepada umum)
  • BRT Laluan Sunway

Ini pula ada senarai stesen pertukaran yang boleh anda gunakan sewaktu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini:

  • Stesen Kwasa Damansara (antara MRT Kajang dan MRT Putrajaya)
  • Stesen Bandar Utama (antara MRT Kajang dan LRT Shah Alam – masih belum boleh digunakan)
  • Stesen Glenmarie (antara LRT Kelana Jaya dan LRT Shah Alam – masih belum boleh digunakan)
  • Stesen Subang Jaya (antara LRT Kelana Jaya dan KTM Skypark Terminal)
  • Stesen Putra Height (antara LRT Kelana Jaya dan LRT Sri Petaling)
  • Stesen Kuala Lumpur (antara KTM Laluan Batu Caves dan KTM Laluan Tanjung Malim)
  • Stesen Bank Negara (antara KTM Laluan Batu Caves dan KTM Laluan Tanjung Malim)
  • Stesen Sentul Timur (antara LRT Ampang dan LRT Sri Petaling)
  • Stesen Sentul (antara LRT Ampang dan LRT Sri Petaling)
  • Stesen PWTC (antara LRT Ampang dan LRT Sri Petaling)
  • Stesen Sultan Ismail (antara LRT Ampang dan LRT Sri Petaling)
  • Stesen Bandaraya (antara LRT Ampang dan LRT Sri Petaling)
  • Stesen Masjid Jamek (antara LRT Ampang, LRT Sri Petaling dan LRT Kelana Jaya)
  • Stesen Plaza Rakyat (antara LRT Ampang, LRT Sri Petaling dan MRT Kajang)
  • Stesen Hang Tuah (antara LRT Ampang, LRT Sri Petaling dan Monorel KL)
  • Stesen Pudu (antara LRT Ampang dan LRT Sri Petaling)
  • Stesen Masjid Jamek (antara LRT Ampang dan LRT Sri Petaling)
  • Stesen Maluri (antara LRT Ampang dan MRT Kajang)
  • Stesen TRX Exchange (antara MRT Kajang dan MRT Putrajaya)
  • Stesen Titiwangsa (antara LRT Ampang, LRT Sri Petaling, MRT Putrajaya dan Monorel KL)
  • Stesen Sungai Besi (antara LRT Sri Petaling dan MRT Kajang)
  • Stesen KL Sentral (antara LRT Kelana Jaya, Monorel KL, ERL KLIA Transit, ERL KLIA Express, KTM Laluan Batu Caves, KTM Laluan Tanjung Malim)

Di bawah adalah senarai stesen sambungan yang boleh anda gunakan sewaktu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini:

  • Stesen Putrajaya Sentral (antara ERL KLIA Transit dan MRT Putrajaya)
  • Stesen Bandar Tasik Selatan (antara LRT Sri Petaling dan MRT Putrajaya)
  • Stesen Kajang (antara MRT Kajang dan MRT Putrajaya)
  • Stesen Bukit Bintang (antara Monorel KL dan MRT Putrajaya)
  • Stesen Ampang Park (antara LRT Kelana Jaya dan MRT Putrajaya)
  • Stesen Medan Tuanku/Sultan Ismail (antara LRT Sri Petaling dan Monorel KL)
  • Stesen Putra/PWTC (antara ERL KLIA Transit dan MRT Putrajaya)
  • Stesen Kepong Sentral/Sri Damansara Timur (antara KTM Tanjung Malim dan MRT Putrajaya)
  • Stesen Sungai Buloh (antara KTM Tanjung Malim dan MRT Putrajaya)
  • Stesen Muzium Negara/KL Sentral (antara LRT Kelana Jaya dan MRT Kajang)
  • Stesen Subang Jaya (antara LRT Kelana Jaya dan KTM Pelabuhan Klang)
  • Stesen Setia Jaya (antara KTM Pelabuhan Klang dan BRT Sunway)

Harus diingatkan kepada anda, untuk MRT Putrajaya, ianya masih lagi di fasa ujian dan belum dibuka kepada umum. Perkhidmatan ini dijangka akan mula beroperasi sekitar suku kedua 2022.

Waktu Operasi Perkhidmatan Tren

LRT Kelana Jaya, Sri Petaling, Ampang

Perkhidmatan bermula pada pukul 6.00 pagi setiap hari dan berakhir sebelum pukul 12.00 pagi. Namun, perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga 1.00 pagi sekiranya terdapat acara istimewa.

Monorel KL

Monorel bermula pada pukul 6.00 pagi setiap hari dan berakhir sebelum 12.00 pagi. Namun, perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga 1.00 pagi sekiranya terdapat acara istimewa.

MRT Kajang

MRT akan beroperasi pada jam 6.00 pagi hingga 10:55 malam. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada stesen masing-masing.