Carian
ZALORA Tentastic, Diskaun Besar-Besaran Sehingga 29 Mac Sempena Hari Lahir Yang Ke-10
March 23, 2022 Lina Rosli

Sehingga 29 Mac 2022 ini, ZALORA telah menganjurkan Jualan Hari Lahir mereka yang ke-10 menerusi acara ZALORA Tentastic.

Terdapat pelbagai diskaun besar untuk hambir kebanyakan produk dan item kegemaran anda selain turut menawarkan jaminan pulangan tunai yang lumayan bagi setiap transaksi pembelian. Bukan itu sahaja, anda turut boleh memenangi hadiah eksklusif menerusi permainan yang disediakan. Menarik bukan?

Bercerita mengenai tawaran diskaun lagi, ZALORA memperlihatkan potongan harga yang mencecah sehingga 80% untuk item terpilih. Ia melibatkan item dari kategori fesyen wanita, lelaki, kanak-kanak, barang mewah, produk kecantikan dan banyak lagi. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memilih dan memasukkan kod baucar yang betul untuk sebelum melakukan pembayaran.

Untuk pulangan tunai pula, anda boleh mengumpul nilai sehingga RM1000 dengan hanya membeli barangan kegemaran anda sepanjang acara ZALORA Tentastic dan mikmati juga servis penghantaran percuma untuk setiap perbelanjaan.

Jangan lupa untuk mengikuti kemaskini lebih lanjut menerusi akaun media sosial ZALORA. Anda turut boleh menyertai program komuniti pempengaruh Zalora yang mana ini merupakan peluang terbaik untuk menjana lebih banyak pendapatan. Jika belum menyertai program ini, anda boleh mula mendaftar Program Pengaruh Komuniti di www.zalora.com.my/influencer.

Komen